Utusan Borneo (Sarawak)

Kini masa kebangkita­n semula GERAKAN untuk rampas Pulau Pinang

-

KUALA LUMPUR: Masa sudah tiba untuk Parti GERAKAN dan Barisan Nasional (BN) bangkit semula dan merampas kembali negeri Pulau Pinang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) PRU12 dan PRU13 melihat BN diasak dan diuji dengan hebatnya, ia tidak pernah mengalah, malah telah berjaya memperkasa­kan jentera-jenteranya untuk menghadapi PRU14 dengan lebih bersemanga­t.

Beliau juga yakin kini pendulum politik tanah air khasnya di Pulau Pinang telah berubah dan PRU14 akan merupakan masa parti-parti komponen BN bangkit semula.

“Pendulum kita akan naik semula. Inilah waktunya. PRU14 inilah kita bangun semula untuk tentukan kemenangan memihak kepada BN. Kecundanga­n yang dialami GERAKAN (pada PRU12 dan PRU13) hanya sementara.

“Saya amat berharap semua calon DUN (Dewan Undangan Negeri) dan kerusi Parlimen GERAKAN akan memang dengan cemerlang dalam PRU14 nanti,” katanya semasa merasmikan Persidanga­n Perwakilan Nasional GERAKAN ke-46 di Menara PGRM di sini, semalam.

Memetik kejayaan Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang mencatat kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum negara itu baru-baru ini sebagai contoh, Ahmad Zahid berkata peristiwa itu menunjukka­n bahawa adalah tidak mustahil untuk BN menang dengan lebih besar jika semua parti komponen mengemblen­g dan memperkuku­hkan kerjasama mereka.

Tegasnya, kerjasama erat antara semua parti-parti komponen adalah penting dalam membawa dan memastikan kejayaan lebih besar kepada BN nanti.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata lebih 87 peratus janji-janji kerajaan BN dalam Aku Janji telah berjaya ditunaikan sejak 2013, berbanding dengan pembangkan­g yang hanya mampu menabur janji kosong.

Katanya, usaha-usaha ini akan diteruskan dan parti-parti komponen BN harus bekerja keras memastikan ia diterjemah­kan dalam bentuk sokongan kepada BN pada PRU14 nanti.

“Jika kita lihat, walaupun prestasi kita pada PRU11, PRU12 dan PRU13 merudum, tetapi graf ini boleh berubah. Yang

Saya amat berharap semua calon DUN (Dewan Undangan Negeri) dan kerusi Parlimen GERAKAN akan memang dengan cemerlang dalam PRU14 nanti. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

tidak boleh kita ubah hanya jika kita tidak berusaha,” katanya.

“Justeru, kali ini saya seru kepada rakyat, cukup la, kita tolak (DAP), berilah kepercayaa­n semula kepada Gerakan dan parti lain dalam BN pada PRU14 nanti,” kata Ahmad Zahid.

Menyentuh mengenai banjir besar yang melanda Pulau Pinang pada 5 Nov lepas, Timbalan Perdana Menteri berkata bencana itu membuktika­n BN adalah buta warna dalam menghulurk­an bantuan kepada rakyat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSIDANGA­N: Zahid melambaika­n tangan ketika meninggalk­an dewan selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Nasional Gerakan Ke-46 di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERSIDANGA­N: Zahid melambaika­n tangan ketika meninggalk­an dewan selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Nasional Gerakan Ke-46 di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia