Utusan Borneo (Sarawak)

Republik Ireland mengikat Denmark 0-0

-

COPENHAGEN, Denmark: Republik Ireland mengikat Denmark tanpa jaringan pada perlawanan pertama ‘play-off’ kelayakan Piala Dunia 2018 di sini Sabtu lepas.

Peluang terbaik keduadua pasukan ialah apabila rembatan Pione Sisto tersasar buat Denmark dalam separuh masa pertama sementara tandukan Yussuf Poulssen pada minit ke- 90 diselamatk­an penjaga gol Ireland, Darren Randolph.

Kedua-dua pasukan kelihatan berpuas hati dengan keputusan ini dengan Ireland, yang dibimbing Martin O’Neill, menyedari kemenangan pada perlawanan kedua di Dublin Selasa ini, akan memastikan kelayakan ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 2002 tetapi satu gol lawan buat Denmark mungkin sangat berharga selepas mengelak pintu gol dibolosi.

“Satu keputusan seri sentiasa dilihat satu keputusan positif. Walaupun kami ia lebih bagus kalau menjaringk­an gol di gelanggang lawan,” kata pemain tengah Ireland, Harry Arter.

“Ia (Piala Dunia) berasa semakin hampir berbanding sebelum perlawanan ini. Jika sebelum kempen kelayakan, kami ditawarkan satu perlawanan menentang Denmark untuk layak ke Piala Dunia, kami mungkin tidak mempercaya­inya.”

Jurulatih Denmark, Age Hareide meletakkan penyerang Nicklas Bendtner di bangku simpanan dan memilih untuk menurunkan Nicolai Jorgensen.

O’Neill melakukan satu pertukaran dari skuad yang menewaskan Wales 1-0 untuk mengesahka­n kelayakan ke playoff dalam Kumpulan B, dengan memasukkan pemain tengah Callum O’Dowda untuk menggantik­an David Meyler yang digantung perlawanan.

Denmark bermula dengan baik dan boleh membuka jaringan seawal minit ke-11 apabila Randolph menyelamat­kan rembatan Jens Larsen sebelum kemudian menepis rembatan susulan Andreas Cornelius.

Kealpaan kapten Ireland, Ciaran Clark, menghadiah­kan bola kepada Christian Eriksen tetapi Randolph sekali lagi beraksi tangkas untuk menepis cubaan akhir Eriksen dengan rembatan bola muntah oleh Sisto melambung tinggi.

Kegagalan pemain Denmark menyempurn­akan beberapa peluang memberikan keyakinan kepada Ireland dan mereka kemudian mempunyai peluang tetapi cubaan Cyrus Christie dinafikan penjaga gol Kasper Schmeichel.

Ireland terus bertahan untuk mengecewak­an jentera serangan Denmark, yang menamatkan kempen kelayakan di tangga kedua Kumpulan E. — AFP

 ??  ?? LOEW
LOEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia