Utusan Borneo (Sarawak)

Chung menjulang trofi ATP NextGen

-

MILAN, Itali: Pemain muda Korea Selatan, Hyeon Chung, mengejutka­n pilihan pertama kejohanan dari Rusia, Andrey Rublev untuk memenangi kejuaraan sulung beliau di final ATP NextGen di sini Sabtu lepas.

Pemain berusia 21 tahun itu bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Rublev, pemain ranking ke-37 dunia, yang pernah melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Amerika ( AS) tahun ini, 3- 4( 7/ 7), 4-3(7/2), 4-2 dan 4-2 dalam masa kurang dua jam.

Chung, pemain ranking ke-54 dunia, mengesahka­n kemenangan pada mata akhir ketiga selepas Rublev menyelamat­kan dua mata akhir pertama.

Bekas pelajar Akademi Tenis Nick Bollettier­i di Florida – yang mendapatka­n jurulatih mental untuk membantu beliau menangani tekanan dalam sukan tenis – menerima hadiah kemenangan 390,000 dolar Amerika tetapi tiada mata ranking diberikan jika me- menangi kejohanan bawah 21 tahun.

Ia adalah kemenangan ketiga Chung ketika menentang Rublev, selepas menang awal minggu ini dan juga menang di Winston-Salem dalam Jelajah ATP pada bulan Ogos.

Daniil Medvedev dari Rusia, menamatkan kejohanan di tempat ketiga selepas lawannya Borna Coric dari Croatia, menarik diri kerana kecederaan.

ATP menggunaka­n kejohanan sulung itu untuk men- guji beberapa inovasi dengan pemain muda berbakat musim ini dan bertanding dalam format berkumpula­n dengan empat set pertama dengan hanya empat perlawanan dengan permainan tiebreak dilangsung­kan pada kedudukan 3-3. — AFP MILIKKU: Chung mengucup trofi yang dimenangin­ya setelah menumpaska­n Rublev pada aksi final ATP NextGen di Milan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia