Utusan Borneo (Sarawak)

Dua negara dari benua utara Afrika itu akan beraksi di temasya Piala Dunia 2018 Rusia

-

JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan: Dua negara di utara benua Afrika, Maghribi dan Tunisia, mengesahka­n kelayakan ke Piala Dunia 2018 di Rusia dengan cara yang berbeza Sabtu lepas.

Maghribi menjaringk­an dua gol dalam tempoh lima minit menerusi rembatan Nabil Dirar dan Medhi Benatia pada separuh masa pertama untuk menewaskan Ivory Coast 2-0 dan memenangi Kumpulan C kempen kelayakan Zon Afrika.

Maghribi kembali ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998 dan menamatkan kempen kelayakan dengan 12 mata selain tidak bolos sepanjang enam perlawanan kumpulan.

Ivory Coast, yang tidak kelihatan mampu untuk bangkit dari ketinggala­n di separuh masa pertama, menduduki tempat kedua dengan lapan mata, diikuti Gabon (enam) (empat).

Jurulatih Maghribi, Herve Renard mendedahka­n selepas perlawanan di mana Raja Maghribi, Mohammed VI, ada men- dan Mali ghubungi untuk mengucapka­n tahniah kepada pasukan.

“Saya berterima kasih kepada Tuanku kerana menghubung­i saya. Ia satu penghormat­an besar,” kata jurulatih dari Perancis itu.

Tunisia gagal menembusi pintu gol Libya pada perlawanan di Rades, pinggir ibu kota Tunis dan terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan yang sudah memadai untuk mengesahka­n kelayakan ke Rusia.

Dengan pasukan di tangga kedua, Republik Demokratik Kongo ( DRC) menjaringk­an dua gol pada minit akhir untuk menewaskan Guinea 3-1 di Kin- shasa, satu mata memisahkan dua pasukan teratas.

Tunisia, yang tidak tewas sepanjang kempen kelayakan, mengumpul 14 mata untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? BANGGA: Pemain Maghribi mengibarka­n bendera negara mereka bagi meraikan kejayaan layak ke Piala Dunia 2018. RAIKAN BERSAMA: Pemain Tunisia meraikan kejayaan mereka layak ke Piala Dunia 2018 selepas tamat perlawanan menentang Libya di Stadium Rades...
— Gambar AFP — Gambar AFP BANGGA: Pemain Maghribi mengibarka­n bendera negara mereka bagi meraikan kejayaan layak ke Piala Dunia 2018. RAIKAN BERSAMA: Pemain Tunisia meraikan kejayaan mereka layak ke Piala Dunia 2018 selepas tamat perlawanan menentang Libya di Stadium Rades...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia