Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Ameerul sandaran negara rangkul juara

-

KUCHING: Pemenang pingat emas Kejohanan Boling Remaja Asia di Manila, Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Haznul Azam antara 16 atlet remaja negara menjadi sandaran bagi merangkul kejuaraan pada Kejohanan Tenpin Boling Sekolah-sekolah Asia Ke-18.

Tun Ameerul, 18, antara atlet remaja negara bagi Pasukan Remaja Lelaki A turut dibarisi Muhamad Hazim Alihanafia­h, Ahmad Azriq Izamudin dan Mudamad Arif Iskandar Azahar.

Pasukan Remaja Wanita A negara dibarisi Najwa Nazirah Mohd Amir, Gillian Lim, Puteri Nurul Dini Mohd Fauzi dan Nur Aina Kamalia.

Pasukan Remaja Lelaki B pula dibarisi Abang Afiq Yazid Abang Azma, Mohd Nur Syafiq Mohd Amran, Tsen Fan Yew dan Morgan Chang.

Manakala pasukan Remaja Wanita B dibarisi Nur Hazirah Ramli, Nur Haziqah Ramli, Dayang Yumi Azreen Abang Azman dan Asya Diana Azree.

Kejohanan dari 11 hingga 17 November dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah disertai 91 peserta dari sekolahsek­olah Asia.

“Saya berharap semua peserta dan pengiring dari luar bukan sahaja datang hanya kerana kejohanan ini tetapi dapat menikmati keunikan tempat-tempat pelanconga­n di Sarawak yang kami tawarkan,” kata Abdul Karim pada majlis perasmian kejohanan itu di sini semalam.

Hadir sama pengerusi penganjur selaku Presiden ABAS Sunny Si, Setiausaha Agung Boling Dunia Vivien Lau, Ketua Pegawai Esekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee dan tetamu lain.

 ??  ?? SANDARAN NEGARA: Tun Ameerul (empat kanan) bersama pemain-pemain remaja negara lain sedia memberi saingan pada Kejohanan Tenpin Boling Sekolah-sekolah Asia Ke-18.
SANDARAN NEGARA: Tun Ameerul (empat kanan) bersama pemain-pemain remaja negara lain sedia memberi saingan pada Kejohanan Tenpin Boling Sekolah-sekolah Asia Ke-18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia