Utusan Borneo (Sarawak)

Guru main peranan penting membentuk sahsiah pelajar

-

GURU-GURU memainkan peranan penting membentuk sahsiah pelajar melalui pendidikan berkualiti.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Betong, Aleksay Aman berkata generasi hari ini bertuah memiliki pelbagai kemudahan sekolah jika dibandingk­an dengan kemudahan sebelum ini.

Justeru, katanya melalui pendidikan dengan kemudahan terbaik itu dapat membentuk generasi baharu masa hadapan.

“Peningkata­n keputusan ujian semakin baik membuktika­n sistem pembelajar­an di sekolah dapat diterima semua pelajar,” katanya mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Muhammad Razi pada Majlis Graduasi dan Apresiasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas baru-baru ini.

Beliau menyifatka­n majlis itu terbaik di mana ramai pelajar sekolah meningkatk­an mutu pembelajar­an mereka di samping aktif dalam bidang kokurikulu­m.

Mengenai pencapaian Afiq Azwan Hazemi dinobatkan Tokoh Pelajar, beliau berharap dijadikan pendorong dan semangat kepada pelajar-pelajar lain terus maju dan berusaha.

Pemilihan Afiq Azwan sebagai Tokoh Pelajar berdasarka­n pencapaian­nya iaitu Pelajar Cemerlang Kurikulum Tingkatan Enam Atas (Ekonomi/ Sastera), Pelajar Cemerlang Kategori Tingkatan Enam, Terbaik Mata Pelajaran Pengajian Am, Sejarah, Terbaik Keseluruha­n Tingkatan Enam Atas, Terbaik Tingkatan Enam Atas Ekonomi/ Sastera Tempat Pertama.

Beliau membawa pulang piala, Anugerah Tokoh Pelajar, sijil, plak di samping hadiah iringan lain.

Turut hadir Pengetua SMK Saribas, Merni Bujang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia