Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Lutong (pasukan 1), SMK Merbau memenangi johan Curtin Croc Challenge

-

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong (pasukan 1) dan SMK Merbau memenangi hadiah pertama bagi kategori sekolah dalam Curtin Croc Challenge 2 yang diadakan sempena Hari Terbuka Curtin Malaysia di kampusnya di Miri.

Hadiah kedua dimenangi SMK Chung Hua Miri dan SMK Dato Permaisuri (pasukan 2) manakala tempat ketiga SMK Riam (pasukan 1) dan SMK Dato Permaisuri (pasukan 1).

Setiap sekolah menerima hadiah RM1,000 (tempat pertama), RM500 (kedua) diikuti RM250 (ketiga) dan pemenang sagu hati turut menerima RM50.

Sekolah mengambil bahagian ialah SMK Chung Hua Miri, SMK Riam, SMK Dato Permaisuri, SMK Merbau, SMK Pujut, SMK St. Columba, SMK Lutong, Sekolah Menengah Sains Miri, SMK Taman Tunku dan PACTS Education.

Manakala kategori terbuka disertai Secreed (SMK Riam), The Croc Trappers (SMK Riam), Bing Bong, The Frix (SMK Riam), Elektronik PPKS Miri, Danger No More dan Risks.

Bing Bong muncul juara dan membawa pulang hadiah RM1,000 diikuti NaviGators naib juara (RM500) dan pasukan Risks di tempat ketiga dan membawa pulang RM250.

Kategori sekolah disertai pelajar tingkatan tiga hingga enam manakala kategori terbuka semua peringkat umur termasuk pelajar lanjutan dan orang dewasa yang bekerja.

Curtin Croc Challenge merupakan pertanding­an ikonik reka bentuk sistem elektronik awal mengesan buaya Curtin Malaysia dianjurkan setiap tahun sejak 2016 oleh Fakulti Kejurutera­an dan Sains serta Pejabat Penyelidik­an dan Pembanguna­n dengan sokongan Institusi Kejurutera­an Malaysia (IEM) Miri.

Ia menggalakk­an peserta berfikir secara kritikal melalui penggunaan reka cipta pada waktu itu juga mengesan buaya berhampira­n.

 ??  ?? JUARA: Pasukan 1 SMK Lutong dan SMK Merbau bersama Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Malaysia Profesor Jim Mienczakow­ski dan Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains, Ir Profesor Lau Hieng Ho.
JUARA: Pasukan 1 SMK Lutong dan SMK Merbau bersama Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Malaysia Profesor Jim Mienczakow­ski dan Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains, Ir Profesor Lau Hieng Ho.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia