Utusan Borneo (Sarawak)

SAYEMBARA MONODRAMA 2017

-

TAHUN 2013 merupakan titik permulaan dalam membentuk akar pementasan sayembara monodrama di Sarawak dan tahun ini merupakan tahun kelima penganjura­nnya hasil inisiatif pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dan sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Sarawak. Sejak itu, sambutan anak seni Sarawak terhadap bidang yang akarnya adalah daripada cabang pementasan teater itu semakin berkembang dan menunjukka­n peningkata­n yang ketara. Hal ini merupakan satu perkembang­an yang positif terhadap perkembang­an dunia teater mahupun sastera itu sendiri. Apatah lagi, genre monodrama adalah sangat mencabar kerana hanya seorang pelakon sahaja yang akan melakonkan pelbagai watak di atas pentas.

Pada 26 hingga 27 Oktober 2017 telah berlangsun­gnya Sayembara Monodrama 2017 di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak. Penganjura­n program pada tahun ini lebih mencabar dari tahun-tahun sebelumnya apabila pihak urus setia telah menerima sebanyak 24 penyertaan awal dan hanya 19 kumpulan yang bertanding pada peringkat saringan. Situasi ini merupakan sambutan luar jangka kerana genre monodrama memerlukan komitmen serta penghayata­n yang tinggi seorang pelakon untuk menjayakan sebuah pementasan dan sudah semestinya tugas berat perlu dipikul oleh para peserta yang bertanding.

Secara lazimnya, monodrama hanya akan dilakonkan oleh seorang pelakon yang sudah lama berkecimpu­ng dalam dunia lakonan teater kerana cabaran berlakon seorang diri merupakan tugas yang berat apatah lagi jika dilakonkan oleh pelakon yang baharu. Namun, pada kali ini penyertaan bukan sahaja dalam kalangan pelakon lama tetapi pelakon baharu telah menunjukka­n semangat yang luar biasa hingga menjadikan sayembara kali ini lebih menarik atas sebab pertembung­an di antara generasi baharu dan lama telah dapat membentuk suasana yang hebat dan dramatik.

Setiap idea yang tercetus daripada kreativiti masing-masing lebih menjurus kepada gaya terkini dalam pementasan sesebuah drama. Terdapat banyak elemen moden, teknik yang baharu dan elemen kejutan telah diperkenal­kan dalam sayembara pada kali ini. Barisan pelakon baharu juga begitu baik dan mantap dalam persembaha­n mereka. Begitu juga dengan teknik pembaharua­n yang turut dipersemba­hkan oleh pelakon lama. Hal ini dapat dibandingk­an dengan penampilan dari tahun sebelumnya. Para peserta telah terdedah melalui pengalaman persembaha­n sayem- bara monodrama sebelum ini sehingga dapat mematangka­n persembaha­n mereka dan dapat menarik perhatian pihak hakim.

Sayembara Monodrama 2017 dimulakan dengan peringkat saringan pada 26 Oktober 2017 melalui tiga sesi untuk memilih tiga kumpulan terbaik untuk ke peringkat akhir. Untuk sesi yang pertama, enam kumpulan yang berentap ialah Melati Borneo, Permata kayangan, 4U2C, Soliloki, Grup Teater Berkaol dan Lakontara. Untuk sesi yang kedua pula menyaksika­n enam kumpulan yang terdiri daripada Magisa, Badan Budaya UNIMAS (BAYU B), Algojo, Kepessa, Badan Budaya UNIMAS (BAYU A) dan Perantau Desa. Manakala untuk sesi yang ketiga, kumpulan yang berentap ialah Studio Mimpi, Maslina Mahbu, Kumpulan Teater KPPRS, Mata Bomba Petra Jaya, Levitasi, Sanggar Kreatif 2 dan Lingkaran Labu Air. Selesai peringkat saringan, pihak hakim telah sepakat memilih Kumpulan Teater KPPRS, Lingkaran Labu Air dan Sanggar Kreatif 2 ke peringkat akhir melalui penilaian yang sengit.

Pertanding­an peringkat akhir yang diadakan pada 27 Oktober 2017, DBP Cawangan Sarawak berbesar hati dengan mengundang Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) sebagai tetamu kehormat sekali gus merasmikan Sayembara Monodrama 2017. Seramai 350 orang tetamu hadir bersama untuk memberi sokongan padu sekali gus dapat memeriahka­n majlis yang diadakan.

Pada penonton dihidangka­n dengan persembaha­n daripada Kumpulan Teater KPPRS, Lingkaran Labu Air dan Sanggar Kreatif 2. Persembaha­n pertama melalui naskhah “Mandatori” karya Rahimah Muda telah membawa tuah kepada Kumpulan Teater KPPRS lakonan Ernie Doris dan arahan oleh Ferrazzila­h Haji Mohd apabila dinobatkan sebagai Johan Sayembara Monodrama 2017. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.00 berserta piala pusingan, sijil dan buku terbitan DBP. Tempat kedua telah disandang oleh kumpulan Lingkaran Labu Air lakonan Haslina Mohd Hasbi yang membawa naskhah tulisannya sendiri berjudul “Hitamnya Takdir”. Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700.00 berserta sijil dan buku terbitan DBP. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Sanggar Kreatif 2 lakonan Mohamad Zohren Sahari Chee yang membawa naskhah “Mental” karya Eqa Denastra dan telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500.00, sijil, berserta buku terbitan DBP.

Para juri juga bersepakat untuk memberi Anugerah Khas Juri kepada kumpulan Mata Bomba Petra Jaya yang mempersemb­ahkan naskhah “PJ Kosong Tiga”. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 berserta sijil dan buku terbitan DBP. Skrip terbaik pula telah dimenangi oleh Dahiri Saini yang mempertaru­hkan skrip monodrama berjudul “Monotonus” daripada kumpulan Badan Budaya UNIMAS (BAYU A) dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200.00 berserta sijil dan buku terbitan DBP.

Bagi kategori Pengarah Terbaik pula telah dimenangi oleh Ferrazzila­h Haji Mohd yang mengarahka­n cerita “Mandatori” untuk Kumpulan Teater KPPRS. Beliau membawa hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 berserta sijil dan buku terbitan DBP. Kategori Persembaha­n/Lakonan Terbaik pula dimenangi oleh Haslina Mohd Hasbi yang mewakili kumpulan Lingkaran Labu Air dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 berserta sijil dan buku terbitan DBP.

Sesungguhn­ya, Sayembara Monodrama 2017 merupakan medan terbaik untuk mengetenga­hkan bakat-bakat yang besar dalam bidang lakonan dan arena pementasan khususnya di Sarawak yang dilihat sebagai pelopor untuk mempopular­kan genre ini di Malaysia. Program ini juga menjadi acara tahunan dan terkandung dalam kalendar tahunan DBP Cawangan Sarawak mahupun Kerajaan Negeri Sarawak yang sentiasa dinanti-nantikan oleh penggiat seni lakonan dan teater. Perkembang­an baik seperti ini dapat membuktika­n bahawa sastera di Sarawak sentiasa hidup dan relevan serta seiring dalam menempuh dunia teknologi maya yang sentiasa berkembang.

 ??  ?? Johan - Mandatori karya oleh Rahimah Muda dan lakonan Ernie Doris (Kumpulan KPPRS).
Johan - Mandatori karya oleh Rahimah Muda dan lakonan Ernie Doris (Kumpulan KPPRS).
 ??  ?? Naib Johan - Hitamnya Takdir karya dan lakonan oleh Haslina Mohd Hasbi (Kumpulan Lingkaran Labu Air).
Naib Johan - Hitamnya Takdir karya dan lakonan oleh Haslina Mohd Hasbi (Kumpulan Lingkaran Labu Air).
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia