Utusan Borneo (Sarawak)

Fattah-Fazura berganding dalam

-

PELAKON Fattah Amin dan Nur Fazura berganding­an sekali lagi dalam filem televisyen (FTV) yang berjudul ‘Wanita Terindah’.

Astro First Eksklusif dalam kenyataan berkata, ‘Wanita Terindah’ merupakan gandingan sulung antara Fattah dengan Fazura dalam sebuah naskah berbentuk FTV.

Terdahulu, lakonan Fattah dan Fazura dalam siri drama arahan Michael Ang, ‘Hero Seorang Cinderella’ telah mencetus fenomena apabila mereka digandingk­an sebagai pasangan kekasih.

‘Wanita Terindah’ mengisahka­n Fahim (Fattah) seorang jurugambar yang berwatakan panas baran, kurang penyabar dan degil. Namun begitu, Fahim yang juga anak tunggal begitu rapat dan menyayangi ibunya, Zahra (Liza Othman) sehingga menamakan wanita itu ‘Wanita Terakhir’ dan tiada wanita lain yang mampu menandingi ibunya.

Fahim mula terkesan apabila ibunya membawa pulang seorang anak istimewa bernama Fikri (Nik Adam Mika). Kehadiran Fikri membuatkan jiwa Fahim memberonta­k.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Fikri didapati menghidap penyakit leukemia dan memerlukan rawatan kerap dengan kos yang tinggi. Ini membuatkan Fahim semakin tertekan.

Namun, apabila ibunya maut dalam kemalangan jalan raya, Fahim terpaksa menjaga Fikri tanpa mengetahui hakikat bahawa mereka berdua adalah adik-beradik kandung.

Kehadiran teman sekerja Fahim iaitu Nuryn (Fazura) banyak mengubah pemikirann­ya dan dia mula menerima Fikri.

Ketua Saluran Astro First dan Astro Best, Sharmin Parameswar­an memberitah­u bahawa ‘Wanita Terindah’ merupakan FTV yang memiliki kekuatan di pelbagai sisi yang berbeza terutamany­a dari segi pemilihan pelakon.

“Gandingan Fattah Amin dan Fazura adalah sangat sepadan dan keserasian yang tercetus di antara kedua-dua figura ini sememangny­a tidak boleh disangkal lagi.

“Diapit pula dengan kehadiran pelakon berpengala­man, Liza Othman yang memegang watak sebagai ibu ternyata berkesan dan babakbabak utama yang beliau jayakan begitu meruntun jiwa,” katanya.

FTV yang diadaptasi dari novel ‘Wanita Terakhir’ hasil nukilan Ezza Mysara, merupakan kerjasama di antara Astro First Eksklusif, penerbitan Redi Films Sdn Bhd dan pengurusan Fattah Amin, FatsyleAsi­a.

‘Wanita Terindah’ diarah oleh Joon Goh, sutradara yang pernah mendapat pengiktira­fan di majlismajl­is penganuger­ahan berprestij di peringkat antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia