Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks utama dijangka bergerak dalam jajaran kecil, dana tempatan tumpu beli saham mewah terpilih

-

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu ini dengan campur tangan Bank Negara Malaysia yang akan menawarkan beberapa tender untuk menyerap lebihan kecairan dalam sistem.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kadar semalaman disebut pada 2.97 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing berada 3.02, 3.06 dan 3.11 peratus.

BNM membuat campur tangan hampir setiap hari bagi menyerap lebihan mudah tunai dengan menjalanka­n tender pasaran wang konvension­al, tender Qard dan tender pasaran wang lelongan pelbagai kematangan.

Lebihan jumlah kecairan di dalam sistem konvension­al untuk minggu yang baharu berakhir telah naik kepada RM29.02 bilion daripada RM25.7 bilion dalam minggu sebelumnya, manakala dalam sistem Islam, ia meningkat kepada RM8.06 bilion daripada RM6.3 bilion sebelum ini.

Penanda aras kadar antara bank tiga bulan berada pada 3.43 peratus. — Bernama KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dijangkaka­n rendah minggu ini berikutan kurangnya petunjuk untuk mendorong minat dalam pasaran, kata seorang penganalis­is.

Presiden Persatuan Penganalis­is Teknikal Malaysia Nik Ihsan Raja Abdullah berkata indeks utama dijangka bergerak dalam jajaran kecil, dengan dana tempatan memberi tumpuan ke atas belian saham mewah terpilih.

“Indeks Komposit dijangka bergerak antara 1,740 dan 1,750 mata minggu depan (minggu ini),” katanya kepada Bernama.

Seorang peniaga lain berkata dagangan di bursa tempatan dan serantau dijangkaka­n terus berada dalam kedudukan berhatihat­i minggu ini, menjejaki ketidakpas­tian di Wall Street yang terjejas akibat penangguha­n agenda pembaharua­n cukai AS.

Namun, beliau berkata kerugian di pasaran tempatan boleh dihadkan oleh belian berterusan dana harga minyak global yang mengukuh.

“Harga minyak meningkat mendadak sejak minggu lepas disebabkan pemangkin geopolitik terkini dengan keyakinan yang semakin meningkat terhadap keputusan Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum mengekalka­n penurunan pengeluara­n selain permintaan minyak yang kukuh,” katanya.

Pada asas mingguan, pen- anda aras FBM KLCI naik 1.35 mata kepada 1,742.28 berbanding 1,740.93 Jumaat lepas.

Indeks FBM Emas meningkat 18.33 mata kepada 12,581.49, Indeks FBMT 100 menambah 21.21 mata kepada 12,218.69, Indeks FBM Emas Shariah naik 182.44 mata kepada 13,209.72 dan FBM 70 meningkat 70.41 mata kepada 15,548.87.

FBM Ace susut 28.55 mata kepada 6,828.72.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 53.72 mata kepada 16,229.72, Indeks Perladanga­n menambah 25.06 mata kepada 8,016.01 dan Indeks Perusahaan meningkat 24.14 mata kepada 3,201.75.

Jumlah dagangan meningkat kepada 14.82 bilion unit bernilai RM11.36 bilion berbanding 14.80 bilion unit bernilai RM11.30 bilion Jumaat sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 9.34 bilion saham bernilai RM10.50 bilion, berbanding 9.99 bilion sahamberni­lai RM10.50 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 1.21 bilion saham bernilai RM117.88 juta berbanding 1.31 bilion saham bernilai RM111.45 juta pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 4.18 bilion saham bernilai RM698.21 juta berbanding 3.45 bilion saham bernilai RM682.35 juta sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia