Utusan Borneo (Sarawak)

Projek loji kuasa turbin gas 2,242 MW berjalan mengikut jadual

-

KUALA LUMPUR: Loji jana kuasa turbin gas kitaran bergabung Malaysia di Alor Gajah, Melaka dijangka mula beroperasi pada 2021.

Ketua Pegawai Operasi Edra Power Holdings Sdn Bhd, Datuk Mohamad Nor Ali, berkata projek loji kuasa turbin gas 2,242-megawatt (MW) itu berjalan mengikut jadual.

“Kapasti 2,242 MW bermakna anda boleh menyalakan 10 peratus keperluan elektrik negara,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu memulakan kerja awal pada Mac tahun ini dan semalam, tapak itu siap untuk pembinaan, dan berada pada kedudukan yang baik, dan pada asasnya sebulan lebih awal daripada jadual.

Mengenai pembiayaan projek itu, beliau mengesahka­n Edra Power menggunaka­n tiga bank tempatan untuk mengumpul RM5.28 bilion menerusi program sukuk untuk projek berbilion ringgit berkenaan.

“CIMB Investment Bank ialah penasihat utama dan penasihat kewangan manakala Maybank Investment Bank dan RHB Investment Bank masing-masing merupakan pengurus utama bersama untuk program hutang,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata projek itu akan dibiayai menerusi 80 peratus penjanaan pembiayaan hutang dan 20 peratus melalui dana pemegang saham Edra Power.

Keseluruha­n kos projek itu ialah kira- kira RM6.5 bilion,” katanya.

Tapak projek kini sudah 90 peratus siap untuk pembinaan.

Edra Power, pengeluar kuasa bebas kedua terbesar Malaysia, merupakan kumpulan pengeluar tenaga bersih terkemuka di Asia Tenggara yang memberi tumpuan kepada penjanaan tenaga gas.

Ia dimiliki sepenuhnya oleh China Solar Energy Investment Ltd, anak syarikat China General Nuclear Power Corp Ltd.

Mohamad Nor berkata: “Kejayaan penting seterusnya bagi kami adalah untuk memuktamad­kan pembiayaan projek menjelang akhir tahun, dan mengeluark­an notis penuh kepada kontraktor APC (Penilaian Kecekapan Profesiona­l) kami supaya mereka dapat melaksanak­an projek secara berskala penuh bagi merealisas­ikan operasi komersial kami pada 2021.”

Beliau memuji sokongan Kerajaan Negeri Melaka untuk projek itu yang berpotensi membawa kesan limpahan yang besar kepada ekonomi tempatan, melalui pewujudan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan khususnya untuk masyarakat setempat..

Beliau berkata 30 peratus daripada projek itu akan melibatkan kandungan tempatan, dengan sejumlah besar akan memberi manfaat kepada kontraktor di Melaka.

Kontraktor utama projek ini ialah konsortium yang terdiri daripada Hyundai Engineerin­g & Constructi­on Co Ltd, Hyundai Engineerin­g Co Ltd dan Hyundai Engineerin­g Malaysia Sdn Bhd.

Beliau berkata mereka merupakan kontraktor yang mantap dalam pembinaan loji kuasa, dengan peralatan utama didatangka­n daripada syarikat Amerika, General Electric, menggunaka­n teknologi terkini dalam sektor turbin gas.

Beliau berkata semua tenaga yang dihasilkan dari loji itu akan dibekalkan kepada grid kebangsaan.

“Pada asasnya, kami hanya mempunyai satu pelanggan, Tenaga Nasional Bhd. Kami telah memperoleh perjanjian pembelian kuasa jangka panjang selama 21 tahun mulai tarikh operasi komersial kami pada 2021,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG KEMUNCAK: Najib dan Rosmah tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Clark bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak berkaitan yang bermula di Manila, semalam.
— Gambar Bernama SIDANG KEMUNCAK: Najib dan Rosmah tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Clark bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak berkaitan yang bermula di Manila, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia