Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji saliran, perparitan

JPS Sarawak telah diarah menjalanka­n kajian di tiga kawasan dalam Parlimen Santubong

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak diarahkan untuk menjalanka­n kajian terperinci berhubung sistem saliran dan perparitan di tiga kawasan dalam Parlimen Santubong.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Juanidi Tunku Jaafar berkata, tiga kawasan itu adalah membabitka­n Kampung Tabuan, Kampung Buntal dan Kampung Seberang Hilir meliputi Kampung Panglima Seman hingga Kampung Bintawa Hilir.

“Kita memahami bahawa pihak berkuasa tempatan di kawasan terbabit berkemungk­inan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi dalam melaksanak­an projek pembinaan dan penaiktara­fan sistem pengairan dan saliran ini.

“Justeru, saya telah mengarahka­n pihak JPS Sarawak menjalanka­n kajian terperinci di seluruh kawasan terbabit dalam usaha kita membantu rakyat menangani masalah banjir dan air bertakung di kawasan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada lawatan ke projek sistem saliran di sekitar Kampung Tabuan Melayu dan Kampung Tabuan Haji Drahman di sini, semalam.

“Apabila kajian itu siap, saya mahu perkara ini (sistem saliran dan perparitan) dilaksanak­an secepat mungkin. Sebab bila bajet diluluskan, kita dapat mempertimb­ang- kan berapa banyak peruntukan yang boleh kita agihkan untuk kawasan terbabit,” katanya.

Bercakap mengenai lawatannya semalam, Ahli Parlimen Santubong itu memaklumka­n bahawa projek sistem saliran bagi sekitar Kampung Tabuan Hilir dan Kampung Tabuan Haji Drahman menelan kos sebanyak RM2.3 juta untuk enam projek.

“Antaranya termasuk projek pembinaan sistem perparitan Kampung Tabuan Tengah, Kampung Tabuan Lot, Kampung Tabuan Haji Drahman, membina dan menaik taraf sistem perparitan (concrete covered drain) di hadapan Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir, membina dan menaik taraf sistem perparitan (concete drain) di jalan masuk ke Kampung Tabuan Melayu dan di Kampung Tabuan Hilir,” jelasnya.

Menurutnya, kesemua projek itu dilaksanak­an bagi melancarka­n aliran air hujan yang bertakung dari parit di kawasan penempatan ke parit jalan utama dan ke Sungai Tabuan.

“Selain projek ini, kita akan menambah peruntukan sebanyak RM500,000 bagi melaksanak­an sistem perparitan sepanjang satu kilometer berdekatan kawasan kilang dan sekolah di kawasan terbabit,” katanya.

Kita memahami bahawa pihak berkuasa tempatan di kawasan terbabit berkemungk­inan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi dalam melaksanak­an projek pembinaan dan penaiktara­fan sistem pengairan dan saliran ini. Datuk Seri Wan Juanidi Tunku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 ??  ??
 ??  ?? UNTUk FOTO: Wan Junaidi bersama sebahagian penduduk Kampung Tabuan merakam kenangan selepas lawatan ke projek sistem saliran di sekitar Kampung Tabuan Melayu dan Kampung Tabuan Haji Drahman di Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir, Kuching, semalam.
UNTUk FOTO: Wan Junaidi bersama sebahagian penduduk Kampung Tabuan merakam kenangan selepas lawatan ke projek sistem saliran di sekitar Kampung Tabuan Melayu dan Kampung Tabuan Haji Drahman di Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia