Utusan Borneo (Sarawak)

DEMOKRASI SUDAH ‘MATI’ DALAM DAP

-

SHAH ALAM: Beberapa bekas ahli DAP semalam menyifatka­n demokrasi sudah ‘mati’ dalam parti itu apabila Lim Guan Eng masih dibenarkan bertanding dalam pemilihan semula Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) sekalipun sedang berdepan dakwaan rasuah.

Mereka juga hairan berhubung tiada tindakan disiplin diambil terhadap Lim mengenai isu itu selain turut dilanda pelbagai kontrovers­i termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.

“Lim Guan Eng tidak sepatutnya bertanding dalam pemilihan CEC itu kerana dia sedang menghadapi pertuduhan kerana ini akan mencemarka­n imej parti,” kata bekas ahli DAP Seputeh Tony Tan kepada pemberita, di sini semalam.

Sebelum itu, Tan dan sekumpulan anggota DAP berhimpun di luar Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, tempat berlangsun­gnya pemilihan semula CEC, bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung pemilihan tersebut.

Bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra R. Vellasamy pula mendakwa parti itu mengamalka­n diskrimina­si apabila hanya mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin akar umbi sepertinya sedangkan dalam kes Lim mereka berdiam diri.

“Saya dipecat kerana mempertaha­nkan hak-hak kaum India dalam DAP. Di manakah demokrasi dalam DAP?” katanya.

Pemilihan semula CEC yang diadakan selepas DAP mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan menyaksika­n 1,356 perwakilan memilih 20 anggota CEC. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia