Utusan Borneo (Sarawak)

Fadillah akan terus berperanan meringanka­n beban rakyat

-

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof akan terus memainkan peranannya sebagai wakil rakyat untuk membantu meringanka­n beban hidup rakyat di konstituen­sinya.

Selain fokus dalam membawa pembanguna­n di kawasan, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata kebajikan rakyat juga akan turut diberi tumpuan terutama golongan pesakit kronik dan yang memerlukan.

“Kerja kebajikan adalah sebahagian daripada program rutin saya di mana saya akan cuba sebaik mungkin termasuk memberi bantuan yang diperlukan misalnya seperti kerusi roda, katil pesakit, tilam dan sebagainya bergantung kepada keperluan tertentu mereka yang memerlukan.

“Ini merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab saya sebagai wakil rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas menyerahka­n sumbangan katil pesakit kepada Siti Jumpat, 68, dari Kampung Segedup yang menderita sakit kronik sejak dua tahun lalu.

Siti yang kini terlantar di atas katil kerana sudah tidak dapat bangun sejak enam bulan lalu, dikatakan mengalami sakit pelik sehingga menyebabka­n seluruh anggota badannya lumpuh.

Menurut suaminya, Bujang Deli, 74, isterinya itu pada awalnya mengalami sakit lutut sehingga menyebabka­nnya tidak dapat berjalan.

Tambahnya, isterinya juga pernah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan terlantar di wad pesakit selama seminggu untuk rawatan namun tidak berkesan.

Katanya X-Ray yang dilakukan oleh doktor juga tidak dapat mengesan penyakit yang dialami Siti.

“Dia (Siti) bukan kena strok tetapi diserang penyakit pelik menyebabka­nnya tidak dapat bergerak lagi,” katanya.

Justeru, Bujang amat berterima kasih kepada Fadillah yang memberi katil lebih sesuai kepada isterinya.

 ??  ?? PRIHATIN: Fadillah bersembang dengan Siti semasa menyerahka­n sumbangan katil pesakit kepada wanita berusia 68 tahun itu yang terlantar sakit.
PRIHATIN: Fadillah bersembang dengan Siti semasa menyerahka­n sumbangan katil pesakit kepada wanita berusia 68 tahun itu yang terlantar sakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia