Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sarawak memperheba­tkan usaha memerangi perjudian haram

-

KUCHING: Polis Sarawak memperheba­tkan usaha memerangi perjudian haram di seluruh negeri dengan membantera­s premis menjualan loteri tanpa lesen (4D) dan pengendali perkhidmat­an isian semula kredit untuk judi siber sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dalam kenyataann­ya semalam berkata seramai 50 individu ditahan dalam 36 serbuan yang dijalankan dari 6 hingga 12 November lalu.

Daripada jumlah keseluruha­n itu katanya, 32 serbuan melibatkan operasi 4D haram dilakukan pasukan JSJ Polis Daerah di seluruh negeri.

“Pengoperas­ian premis 4D yang menyalahi undangunda­ng membawa kepada penahanan 36 individu dan penyitaan wang tunai berjumlah RM8,049.

“Selain itu, turut dirampas telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis,” katanya.

Menurut Dev, pihaknya turut melakukan serbuan terhadap premis yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai perjudian siber di Kuching, Padawan, Bintulu dan Matu Daro.

Dalam operasi tersebut, seramai 14 individu ditangkap selain merampas 14 telefon bimbit dan tablet yang digunakan untuk perkhidmat­an tambah nilai perjudian siber dan wang tunai RM2,841.

Dev berkata daripada 50 yang ditangkap, 34 adalah lelaki manakala 16 adalah wanita yang masing-masing berusia antara 15 hingga 49 tahun termasuk lima warga asing.

Kesemua yang ditangkap kini disiasat kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia