Utusan Borneo (Sarawak)

Kilang memproses gam hampir ranap

-

BINTULU: Sebuah kilang memproses gam hampir ranap sepenuhnya dalam kebakaran berlaku di bahagian belakang kilang itu sekitar jam 1 petang semalam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu memberitah­u bahawa seramai 10 anggota dengan dua jentera pemadam bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal serta memadamkan kebakaran.

“Sejurus tiba, kami mendapati api marak membakar bahagian belakang kilang terbabit yang merupakan tempat memproses bahan campuran calcium carbonite yang digunakan untuk membuat papan lapis,” katanya.

Menurutnya, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang bersebelah­an dengan melakukan teknik ‘offensive and defensive’.

Beliau berkata siasatan terperinci dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengakibat­kan kebakaran itu serta anggaran kerugian pemilik kilang.

Difahamkan api berjaya dikawal sepenuhnya dalam masa setengah jam dan tidak mengakibat­kan kecederaan atau kemalangan jiwa.

 ??  ?? DIKAWAL: Kilang musnah sekitar 50 peratus sejurus api berjaya dikawal serta dipadamkan bomba.
DIKAWAL: Kilang musnah sekitar 50 peratus sejurus api berjaya dikawal serta dipadamkan bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia