Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beranak menang tanpa bertanding

-

SIBU: Chieng Buong Toon dan anaknya Joseph Chieng Jin Ek menang tanpa bertanding untuk masing- masing mempertaha­nkan jawatan pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek dan sayap pemudanya bagi sesi 2018-2020.

Pemilihan mereka dibuat pada Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) SUPP Cawangan Bukit Assek yang diadakan di sini, petang kelmarin.

Yek Tiew Chiong dipilih sebagai timbalan pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek diikuti empat naib pengerusi yang dipilih iaitu Lau Hieng Choon, Chieng Buong Kiong, Tang Ung Seng dan Phuang Leong Hua.

Jawatan setiausaha disandang Pang Liong Hwang dan dibantu Phuang Ton Hing, Tang Chou Leong dan Lau Hui Yiang.

Tiong Eng Lee dipilih memegang jawatan bendahari yang dibantu Ung Sing Hie.

Manakalan bagi sayap pemudanya, timbalan ketua pemuda ialah Phuang Ton Hing sementara naibnya ialah Yiing Sy Ling dan Kong Sing Chai.

Lau Kwong Hua pula dipilih sebagai setiausaha sambil dibantu Chiew Hua Tiong dan Gideon Lau Kiing Sii.

Jawatan bendahari disandang Kiing Teck Ho dan penolongny­a Tang Chou Leong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia