Utusan Borneo (Sarawak)

PDP rancang kembangkan sayap di Semenanjun­g Malaysia: Tiong

-

KUCHING: Parti Demoktarik Progresif (PDP) merancang membuka PDP bahagian di beberapa negeri di Semenanjun­g Malaysia dengan melebarkan rangkaian di Selangor, Negeri Sembilan dan Lembah Klang.

Presidenny­a Datuk Seri Tiong King Sing berkata ia bertujuan menyatukan Barisan Nasional (BN) di Semenanjun­g Malaysia menerusi pengundi berdaftar Sarawak yang bekerja atau tinggal di sana.

Tegasnya ia tidak bertujuan membuka laluan untuk parti politik dari Semenanjun­g Malaysia seperti UMNO memasuki Sarawak.

“Ini (pembukaan bahagian PDP) adalah untuk rakyat Sarawak yang bekerja di Semenanjun­g Malaysia.

“Tiada kena mengena dengan parti- parti politik dari Semenanjun­g Malaysia (mahu) datang ke Sarawak. Itu berbeza,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Nama dan Logo Baharu PDP di sini malam kelmarin (Ahad).

Majlis itu disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Terdahulu dalam ucapan aluannya, Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata kehadiran PDP di beberapa negeri di Semenanjun­g Malaysia hanyalah untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional melalui undi anak Sarawak yang berdaftar di sana terutama di Johor.

“Sehinga kini, di Johor sudah wujud Bahagian PDP Negeri Johor, yang mempunyai ahli seramai 6,000 orang.

“Syukur, hampir 3,000 ahli kita di Johor sudah berdaftar sebagai pengundi di negeri tersebut dan bakal menjadi antara penentu kemenangan bagi kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“PDP sudah ada enam bahagian dan kesemua ketua bahagian turut bersama kita dalam majlis ini,” katanya.

Mengenai majlis itu beliau berkata ia merupakan satu lagi nukilan sejarah dalam dimensi politik negeri Sarawak serta kepimpinan PDP iaitu nama dan logo parti SPDP sedia ada akan diberi nafas baharu dalam penjenamaa­nnya yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan ( ROS) pada 3 Februari 2017.

Sementara itu Uggah yang ditemui berkata BN Sarawak menyambut baik usaha PDP melebarkan sayapnya ke Selangor, Negeri Sembilan, Lembah Klang selain Johor memandangk­an terdapat rakyat yang juga pengundi berdaftar Sarawak berada di negeri-negeri itu.

“Difahamkan lebih 40,000 rakyat Sarawak bekerja di sana, semasa pilihan raya, kebanyakan mereka tidak dapat pulang, apabila mereka menjadi ahli PDP di tempat mereka sekarang dan mendaftar sebagai pengundi mereka akan memberi kekuatan kepada BN di negerinege­ri di mana ada cawangan PDP.

“Di Sarawak PDP akan terus memainkan peranan sebagai parti rakan setia BN. Kita ada ketua BN negeri baharu Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari (Tun Abang Openg) yang telah mengatur langkah membawa Sarawak lebih gemilang,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata untuk memastikan Sarawak negeri maju menjelang 2030 sumbangan semua komponen BN amat diperlukan, dari segi idea dan strategi membangunk­an lagi Sarawak.

Ini kerana katanya, BN merupakan parti komponen politik yang dilihat dari segi sejarah mereka membangunk­an Malaysia, dari satu masa ke satu masa dan dari satu era ke satu era.

“Komitmen kita ialah membangunk­an rakyat. Jadi saya berharap dengan PDP membuka bahagian-bahagian baharu BN akan terus kukuh menghadapi PRU14 nanti.

“Saya yakin pada PRU akan datang Sarawak akan terus memenangi kerusi-kerusi di Sarawak dengan cemerlang seperti tahun-tahun lepas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia