Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Sarawak sedia banyak bantuan pinjaman dan biasiswa

-

Beliau berkata pakej berkenaan ialah Serian hingga ke Persimpang­an Pantu yang terlewat 2.25 peratus daripada jadual disebabkan kontraktor berdepan masalah kekurangan tenaga kerja dan jentera.

Satu lagi pakej tambahnya, ialah Batang Skrang ke Sungai Awik terlewat 0.5 peratus daripada jadual asal kerana sedikit kelewatan dalam kerja-kerja memasang cerucuk untuk membina jambatan di situ.

“Pakej Serian hingga Persimpang­an Pantu dijadual siap pada 9 Mac 2020 tetapi setakat ini hanya 10.97 peratus siap iaitu kelewatan 2.25 peratus manakala untuk pakej Batang Skrang ke Sungai Awik dijadual siap pada 31 Ogos 2020.

“Ketika ini pakej Batang Skrang ke Sungai Awik siap 5.44 peratus berbanding 5.94 peratus seperti dirancang,” katanya ketika menjawab soalan Chiew Chiu Sing (DAP-Tanjong Batu) semasa sesi soal jawab persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Julaihi menambah, perkembang­an keseluruha­n projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah memuaskan dan kesemua 12 pakej akan siap pada 30 Jun 2021 berdasarka­n Perjanjian Rakan Kongsi Penyerahan Projek.

Mengenai pakej Nyabau ke Persimpang­an Bakun, beliau berkata tarikh asal siap ialah pada 29 Oktober 2017 dan telah disemak semula untuk disiapkan pada 20 Ogos 2018.

“Dua tempoh lanjutan diluluskan kerana punca kelewatan disebabkan halangan struktur. Projek ini dilaksanak­an mengikut jadual,” jelasnya.

Sementara itu Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM195,000 untuk membaik pulih taman bimbingan kanakkanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Nanga Tada, Kanowit.

Beliau berkata kerja-kerja baik pulih bangunan tersebut akan dilaksanak­an pada 2018.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ngemah (Alexander Vincent) kerajaan Malaysia melalui KEMAS negeri Sarawak sememangny­a mempunyai perancanga­n memperbaik­i atau menaik taraf bangunan tabika atau taska KEMAS yang telah lama serta daif di seluruh negeri termasuk di Nanga Ngungun dan Nanga Tada.

“Bagi Tabika Nanga Jagau ia telah ditutup operasinya pada awal tahun ini disebabkan tiada kanak-kanak,” jelasnya.

Beliau juga memberitah­u bahawa kementeria­nnya telah mengemukak­an permohonan baik pulih tabika dan taska KEMAS kepada kerajaan pusat melibatkan RM16,721,775 pada Ogos 2016 dan disusuli pada Februari 2017.

“Daripada permohonan ini, KEMAS Negeri Sarawak telah diluluskan peruntukan RM742,081 bagi tujuan baik pulih 11 bangunan tabika (KEMAS),” katanya. KUCHING: Yayasan Sarawak menyediaka­n banyak bantuan pinjaman dan biasiswa dalam pendidikan termasuk untuk pelajar dari luar bandar di negeri ini.

Menteri Muda Penyelidik­an Sains dan Bioteknolo­gi Dr Annuar Rapaee berkata, antara program itu Pinjaman Pelajaran Dalam Negara, Pinjaman Luar Negara, Pinjaman Latihan Teknikal, Biasiswa Tempatan, Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Bantuan Pendahulua­n Pelajaran dan Teknikal melibatkan peruntukan sebanyak RM32 juta setahun.

Jelasnya, bantuan dan pinjaman itu bagi membantu anak Sarawak yang memenuhi syarat melanjutka­n pengajian ke peringkat tinggi termasuk dalam bidang kemahiran.

“Bagi pelajar luar bandar juga, Yayasan Sarawak melaksanak­an program strategik berterusan bagi membantu mereka seperti Program Pembanguna­n Komuniti, Program Bantuan Buku, Bantuan Pakaian Seragam dan banyak lagi,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di sini semalam.

Dr Annuar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Amar Jamilah Anu ( BN- Tanjong Datu) mengenai pendekatan strategik Yayasan Sarawak dalam menyediaka­n bantuan pendidikan kepada anak Sarawak terutama di luar bandar.

Malah, Dr Annuar memberitah­u bagi memacu pembanguna­n ke arah ekonomi digital selari dengan Revolusi Industri 4.0, kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak turut menyediaka­n kursus berkaitan untuk anak-anak muda Sarawak.

Menjawab pertanyaan Chukpai Ugon (BN-Murum) berkaitan perancanga­n kerajaan sama ada membina klinik kesihatan di Long Urun, Metalun dan Tegulang, beliau menjelaska­n bahawa kerajaan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sememangny­a mempunyai perancanga­n untuk perkara itu.

“Tapak bagi kedua-dua klinik ini (Metalun dan Tegulang) telah dikenal pasti dan diluluskan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan permohonan akan dikemukaka­n di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

“Bagi Long Urun pula, masih belum ada keperluan untuk membina klinik kesihatan dan klinik terdekat adalah Klinik Kesihatan Sungai Asap iaitu hanya dua jam perjalanan,” jelasnya.

Menurutnya, di bawah Jawatankua­sa Kabinet Bagi Program Transforma­si Luar Bandar (PTLB), Klinik Kesihatan Sungai Asap akan dinaik taraf dan menjadi klinik rujukan dalam Sistem Kluster Klinik yang termasuk dalam PTLB bagi 2018.

“Dengan itu, Klinik Kesihatan Sungai Asap akan menjadi pusat rujukan kepada Klinik Kesihatan Sungai Koyan, Klinik Kesihatan Uma Sambop, Klinik Kesihatan (S) Sarawak Hidro dan Klinik Kesihatan Tubau,” katanya.

Mengenai pertanyaan untuk mewujudkan Unit Rawatan Haemodiali­sis di Klinik Kesihatan Sungai Asap, Dr Annuar berkata, setakat ini belum ada perancanga­n untuk perkara itu.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Baru Bian (PKRBa’Kelalan) mengenai status projek Sekolah Kebangsaan Long Sukang, beliau memberitah­u bahawa projek itu dilaksanak­an dalam dua fasa.

“Fasa pertama melibatkan satu blok yang mempunyai enam bilik darjah dan asrama yang telah dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia (RMK) Ke-10 manakala fasa kedua pula akan dilaksanak­an di bawah RMK11,” jelasnya.

Pakej Serian hingga Persimpang­an Pantu dijadual siap pada 9 Mac 2020 tetapi setakat ini hanya 10.97 peratus siap iaitu kelewatan 2.25 peratus manakala untuk pakej Batang Skrang ke Sungai Awik dijadual siap pada 31 Ogos 2020. Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

 ??  ?? HARI KEEMPAT: Julaihi tiba sekitar jam 8.30 pagi di lobi Kompleks DUN untuk menghadiri Persidanga­n DUN semalam.
HARI KEEMPAT: Julaihi tiba sekitar jam 8.30 pagi di lobi Kompleks DUN untuk menghadiri Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia