Utusan Borneo (Sarawak)

Sarikei perlu sebuah kolej vokasional

-

KUCHING: Dato Sri Huang Tiong Sii (BN-Repok) memohon pertimbang­an daripada kerajaan untuk mewujudkan sebuah kolej vokasional di Sarikei.

Menurut Huang dengan adanya kolej vokasional, dapat meredakan kerisauan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar.

“Dalam era teknologi dan digital sekarang, kemahiran teknikal dan vokasional mendapat permintaan yang tinggi.

“Justeru, banyak ibu bapa telah terbuka minda untuk menghantar anak-anak mereka memasuki sekolah-sekolah aliran teknikal termasuk rakyat dalam kawasan Repok. “Malangnya oleh kerana tiada kemudahan seperti ini disediakan di Sarikei, maka mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka belajar ke luar Sarikei yang mana pada saya sedikit membebanka­n.

“Ini sekali gus akan menarik minat lebih ramai lagi anak muda di Sarikei untuk mengikuti pembelajar­an dalam aliran teknikal an vokasional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan­nya ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan (2018), 2017 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembanguna­n Bagi Perbelanja­an 2018.

Selain kolej vokasional, Huang turut memohon pertimbang­an kerajaan untuk membina sebuah stadium tertutup dan Sarikei Town Square.

Untuk makluman katanya, kemudahan seumpama itu masih belum terdapat di Sarike dan ia menyukarka­n mana-mana pihak untuk menganjurk­an program yang berskala besar seperti acara sukan, riadah, perhimpuna­n umum dan sebagainya.

“Setakat ini, kami hanya ada dewan suarah yang berkapasit­i lebih kurang 1,000 orang dan sebuah dewan sukan yang sudah uzur dan berusia.

“Manakala penganjura­n program berbentuk pesta atau keramaian seperti Pesta Nanas Sarikei, Pesta Makanan Sarikei dan sebagainya, kami terpaksa menutup jalan-jalan bagi membolehka­n acara ini dijalankan.

“Saya percaya dengan adanya kemudahan stadium tertutup dan Sarikei Town Square ini, ia bukan sahaja akan memudahkan merangka dan merancang pelbagai jenis program atau aktiviti berskala besar di Sarikei dengan lebih kerap, malah akan membantu mempromosi­kan Sarikei dan seterusnya dapat menyumbang ke arah peningkata­n sosioekono­mi di Sarikei,” katanya.

Perkara lain yang turut dibangkitk­an Huang ialah memohon pertimbang­an kerajaan untuk meningkatk­an lagi mutu perkhidmat­an dan sistem penyampaia­n di Hospital Bahagian Sarikei.

Antara aspek penting ialah menggantik­an ambulans yang telah lama rosak dan tidak lagi sesuai untuk digunakan dalam masa kecemasan.

Untuk itu, beliau berharap peruntukan yang sewajarnya dapat dipertimba­ngkan kerajaan untuk menaik taraf kemudahan dan kelengkapa­n yang sedia ada di hospital tersebut.

 ??  ?? SERIUS: Huang (kanan) kelihatan serius membincang­kan sesuatu dengan Lo Khere Chiang (BN-Batu Lintang) di lobi Kompleks DUN semalam.
SERIUS: Huang (kanan) kelihatan serius membincang­kan sesuatu dengan Lo Khere Chiang (BN-Batu Lintang) di lobi Kompleks DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia