Utusan Borneo (Sarawak)

SK Selampit, SK Bokah perlu dipindah ke lokasi baharu

-

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Selampit dan SK Bokah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar perlu dipindahka­n ke lokasi baharu yang lebih selamat.

Datuk Ranum Mina ( BNOpar) berkata, pemindahan dua sekolah penting kerana sering dilanda banjir ketika musim tengkujuh.

“Saya cadangkan dua sekolah ini dipindahka­n ke kawasan lebih selamat memandangk­an apabila musim banjir kedua-duanya (sekolah) dinaiki air sekali gus menyebabka­n kerosakan.

“Malah, di SK Bokah terdapat lubang laluan air di bawah bangunan sekolah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Bajet Negeri 2018 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di sini semalam.

Pada masa sama, Ranum memberitah­u bahawa terdapat tiga kampung masih mengalami kesukaran dari segi sistem perhubunga­n jalan raya, antaranya Kampung Pasir Hilir, Kampung Kendaie dan Kampung Selampit.

Beliau menjelaska­n, keadaan jalan raya di kampung terbabit amat daif sekali gus menyukarka­n pergerakan kenderaan terutama ketika musim hujan.

“Bila musim landas (tengkujuh), jalan berlopak-lopak, air melimpah ke jalan raya dan jambatan sedia ada sekarang dibina menggunaka­n kayu balak yang sudah berusia puluhan tahun,” katanya.

Menurutnya, semasa Pilihan Raya Negeri yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina jambatan di Kampung Selampit.

“Tetapi hingga hari ini belum nampak tanda-tanda pembinaan akan dimulakan dan untuk itu saya memohon agensi yang dipertangg­ungjawab mengambil tindakan sewajarnya,” tegasnya.

Mengulas mengenai pengkuran tanah, Ranum menjelaska­n bahawa kerajaan negeri perlu mempertimb­angkan untuk mengukur tanah adat di DUN Opar.

“Ini kerana buat masa sekarang hanya dua kampung diukur untuk lot iaitu Kampung Jugan dan Kampung Temaga Dayak,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia