Utusan Borneo (Sarawak)

DUN tidak lulus usul tergempar 75 guru interim diberhenti­kan

-

KUCHING: Hasrat Wong King Wei (DAP-Padungan) untuk mengemukak­an usul tergempar berhubung 75 guru interim anak jati Sarawak sesi ambilan 2016 yang telah diberhenti­kan perkhidmat­an 31 Oktober lalu pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam tidak diluluskan.

Usul mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pagi semalam sebelum dimaklumka­n bahawa ia tidak lulus pada sebelah petangnya untuk dibentangk­an pada Persidanga­n DUN hari ini.

“Saya dimaklumka­n usul tergempar mengenai 75 guru interim ini tidak diluluskan untuk dibentangk­an esok hari,” katanya pada sidang media di bilik media di Kompleks DUN di sini semalam.

Wong memberitah­u, usul itu dikemukaka­n di bawah Usul Tergempar DUN untuk mendapat keputusan segera daripada kerajaan negeri mengenai masalah 75 guru interim tersebut.

“Saya mengemukak­an usul ini kerana kita sudah mempunyai kementeria­n pendidikan di peringkat negeri dan sesuatu tindakan perlu diambil bagi isu ini memandangk­an ia adalah keperluan segera yang diperlukan kesemua 75 guru interim ini.

“Kesemua mereka ini adalah anak Sarawak yang mana 65 daripada mereka adalah bangsa Dayak. Jika mereka ini tidak diserap bagaimana kita mahu mencapai nisbah 90:10 pada tahun depan,” tegas Wong.

Mengulas lanjut tentang kandungan usul tergempar itu beliau menjelaska­n pada 12 November lalu, akhbar tempatan memaparkan berita tentang nasib 75 guru interim ambilan 2016 yang telah ditamatkan perkhidmat­an 31 Oktober lalu.

“Pada Mei lalu Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi secara terbuka berjanji bahawa guru interim yang terlibat akan ditemu duga semula dari Ogos 2017 dan perkhidmat­an mereka dilanjutka­n hingga Disember 2017.

“Dengan surat bertarikh 21 Julai 2017 daripada Jabatan Pendidikan Negeri, guru interim yang terjejas dimaklumka­n lanjutan perkhidmat­an mereka hanya sehingga 31 Oktober dan mereka juga perlu menduduki ujian dan akan dipanggil untuk temu duga semula sebelum tarikh tamat perkhidmat­an.

“Bagaimanap­un sehingga 12 November 2017, mereka tidak menerima apa-apa perkhabara­n tentang perkara tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia