Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasi Sarawak Pay kini boleh dimuat turun

-

KUCHING: Aplikasi Sarawak Pay kini boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple Store bermula semalam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengesahka­n perkara ini ketika ditemui pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n lebih terperinci mengenai perkara ini yang merupakan antara perkara dinanti- nantikan rakyat negeri ini.

Aplikasi Sarawak Pay ini dijadual akan dilancarka­n pada esok, 15 November.

Sarawak Pay merupakan satu daripada inisiatif yang diperkenal­kan kerajaan negeri untuk mentransfo­rmasikan Sarawak ke arah ekonomi digital.

Selepas pelancaran Sarawak Pay, rakyat Sarawak tidak perlu lagi membayar bil secara tunai kepada kerajaan.

Sebaliknya semua urusan pembayaran boleh dibuat secara atas talian menerusi perkhidmat­an e-wallet atau Sarawak Pay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia