Utusan Borneo (Sarawak)

28 kampung di Bau tiada bekalan air terawat Bau hanya 35km dari bandar raya Kuching namun pendudukny­a masih tidak nikmati kemudahan asas ini

-

KUCHING: Kerajaan perlu menangani segera masalah isu bekalan air terawat yang masih membelengg­u segelintir penduduk di Bau dalam kawasan N.2 Tasik Biru.

Datuk Henry Harry Jinep (BN-Tasik Biru) berkata, Bau hanya terletak 35 kilometer (km) jauh dari bandar raya Kuching namun pendudukny­a masih tidak menikmati kemudahan asas ini.

Sebagai makluman katanya, masih terdapat 28 kampung dalam kawasan ini tanpa bekalan air terawat yang mana amat kritikal dan perlu pertimbang­an segera pemimpin negeri.

“Isu masalah air di Bau sangat kritikal berikutan peningkata­n populasi di Bau sekali gus meningkatk­an permintaan terhadap bekalan air terawat.

“Peruntukan RM40 juta diperlukan bagi meletakkan paip utama baharu dari Loji Rawatan Batu Kitang untuk membolehka­n 20 juta liter sehari dihantar ke Bau.

“Projek ini sudah pasti akan menjadi penyelesai­an kepada gangguan bekalan air bersih terawat ke rumah, premis perniagaan dan sebagainya,” katanya.

Henry berkata demikian dalam ucapan perbahasan­nya ke atas Usul Rang Undang- Undang Perbekalan (2018), 2017 pada Persidan- gan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Selain masalah air, Henry turut menarik perhatian dewan berhubung Taman Perindustr­ian Ringan Bau yang telah diluluskan dengan kos RM30.2 juta dengan cadangan saiz 50 ekar yang telah dinyatakan pada persidanga­n 25 November 2016.

Henry percaya menerusi pembanguna­n seperti ini, Bau tidak akan ketinggala­n dalam strategi perindustr­ian negeri yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada pemain industri kecil dan sederhana di kawasan ini.

Perkara lain yang turut disentuh Henry termasuk skim pembesaran kampung yang sepatutnya turut meliputi Kampung Melayu dan Kampung Buso di Bau.

Dua kampung ini katanya, adalah antara kampung terawal di Bau dengan keluarga yang semakin berkembang dan menyebabka­n kawasan sedia ada sesak.

“Saya percaya dua kampung ini akan mendapat manfaat daripada skim pembesaran kampung ini, paling tidak untuk kehidupan yang lebih selamat, moden dan selesa,” katanya.

 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Rusnan Mustafa
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Rusnan Mustafa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia