Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Mukah harap k’jaan bina Jalan Pintas Tellian

-

KUCHING: Penduduk Mukah berharap kerajaan negeri membina jalan pintas yang dipanggil Jalan Pintas Tellian untuk memudahkan mereka ke bandar Mukah.

Perkara itu disuarakan Abdul Yakub Arbi ( BNBalingia­n) yang memberitah­u, dengan terbinanya jalan pintas itu, ia memendekka­n jarak dan masa bagi penduduk kampung terutama dari Kampung Penakub Cina, Kampung Sesok, Kampung Teh Labak, Kampung Sau dan kawasan Tanjung Pedada dan Sebakong Ulu untuk ke bandar Mukah.

“Adalah menjadi harapan para penduduk agar kerajaan dapat membina jalan raya yang kita namakan sebagai Jalan Pintas Tellian, sepanjang 2.5 kilometer.

“Jika dikira dari segi kos pembinaan bagi jalan raya gred R3, ia akan menelan perbelanja­an sekitar RM12.5 juta,” katanya semasa sesi perbahasan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Di samping itu, Yakub memberitah­u bahawa tanah penduduk tempatan yang dilalui jalan pintas itu akan dapat dibangunka­n untuk aktiviti pertanian dan urusan penempatan baharu.

“Ia juga akan mengelakka­n kesesakan lalu lintas terutama semasa waktu puncak di Jalan Kampung Tellian seperti yang dialami sekarang,” jelasnya.

Pada masa sama beliau turut mencadangk­an agar kerajaan membina jambatan tetap konkrit bagi menggantik­an Jambatan Kampung Penakub Ulu dengan Kampung Teh dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia