Utusan Borneo (Sarawak)

Pentauliah­an guru agama harus dikawal

-

KUCHING: Datuk Dr Juanda Jaya (BN-Jemoreng) mahu soal pentauliah­an guru agama di negeri ini dikawal selia dan dijalankan secara telus.

Menurut Juanda, berdasarka­n jawapan lisan sebelum ini, daripada 356 penerima tauliah hanya 146 orang tempatan manakala baki 210 orang adalah rakyat luar Sarawak.

Bilangan yang dari luar masuk ke Sarawak lebih ramai rupanya walaupun kita tahu mereka datang berkhidmat untuk tempoh yang singkat.

“Persoalan utama ialah apakah kawal selia sedia ada dalam pengeluara­n tauliah ini telus? Kita tidak mahu anasir luar mudah masuk ke Sarawak.

“Cukuplah kita ada ramai graduan agama tempatan dan yang telah ada di Sarawak,” katanya dalam ucapan perbahasan­nya ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan (2018), 2017 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambah Juanda, sebagai bukti tidak ada kawal selia yang baik ialah kes penceramah dari Singapura yang tidak dapat tauliah mengajar agama di Singapura tetapi dapat tauliah di Sarawak.

Lebih jelas lagi katanya, kelmarin di Masjid Semerah Padi ada penceramah dari luar berceramah dan didapati tidak ada tauliah.

“Mohon menteri yang berkenaan respons perkara ini kerana kita bimbang penuluran fahaman yang tidak selari dengan penduduk tempatan menular masuk ke Sarawak.

“Kebimbanga­niniadaasa­snya sebab itu saya meminta agar semakan terhadap undang-undang Majlis Islam Sarawak dan Mahkamah Syariah disegeraka­n sebagaiman­a telah disebut dalam tiga sidang dewan sebelum ini,” katanya.

Juanda turut memohon penjelasan kerajaan negeri sama ada terdapat jangka masa untuk memastikan semua guru agama di sekolah- sekolah seluruh Sarawak akan diisi sepenuhnya oleh guru agama daripada kalangan anak tempatan.

Beliau yakin perkara ini boleh diatasi jika ada perancanga­n yang teliti daripada kerajaan negeri dalam soal ini.

“Sebagai seorang muslim, saya agak prihatin dengan soal pendidikan keagamaan dalam negeri ini agar tidak terpengaru­h dengan caca merba penafsiran agama yang datang dari luar Sarawak.

“Justeru, pendekatan inklusif Ketua Menteri dalam menguruska­n hal ehwal semua agama di negeri ini wajar dipuji,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia