Utusan Borneo (Sarawak)

Ganti jambatan, baiki jalan dalam projek naik taraf

-

KUCHING: ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menyaranka­n agar pelaksanaa­n projek menaik taraf Jalan Ulu Skrang Fasa II dengan peruntukan RM8.8 juta, turut merangkumi penggantia­n jambatan kayu sedia ada dengan jambatan keluli dan konkrit, termasuk membina sistem pembetunga­n, membaiki permukaan jalan yang rosak dan membaiki longkang.

Menurut beliau, pelaksanaa­n projek-projek menaik taraf itu akan memberi manfaat kepada 25 rumah panjang, tiga sekolah rendah di Ulu Skrang termasuk sebuah klinik kesihatan di Nanga Entalau.

“Saya harap projek menaik taraf Jalan Ulu Skrang akan dilakukan secepat mungkin mengikut spesifikas­i tertentu. Ia akan dapat meningkatk­an lagi tahap kehidupan sosial dan ekonomi rakyat Engkilili terutama di Ulu Skrang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi perbahasan Bajet Negeri 2018 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr Rayong berkata telah menerima aduan bahawa pada masa ini, terdapat bahagian di Jalan Ulu Skrang tidak dapat digunakan semasa musim hujan.

Justeru, beliau meminta kerja-kerja penyelengg­araan dilakukan secara berkala untuk memudahkan perjalanan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan, dengan menggunaka­n spesifikas­i yang sama dan peruntukan daripada projek menaik taraf Jalan Ulu Skrang Fasa II.

Di samping itu, Dr Rayong meminta jambatan dibina di Rumah Dau, Nanga Entalau, Ulu Skrang untuk menghubung­kan klinik kesihatan, sekolah dan rumah panjang di sekitar kawasan itu.

Bagaimanap­un, katanya di Rumah Ambu, Emperan dan Rumah Mengga, Panchor yang juga di Ulu Skrang, jambatan gantung terpaksa digunakan buat masa sekarang sehingga lebih banyak dana tersedia.

Selain itu, Dr Rayong turut memohon agar Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dibekalkan kepada rumah-rumah panjang di Skrang Hilir dan Batang Ai Hilir, yang sekarang tidak mempunyai bekalan air bersih.

Beliau juga menyeru agar penduduk di situ dibekalkan dengan tong air untuk membolehka­n mereka menyimpan air untuk kegunaan buat sementara waktu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia