Utusan Borneo (Sarawak)

Rangkaian Internet di DUN Layar terhad, kata Rentap

-

KUCHING: Rangkaian Internet di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar amat terhad dan menghalang pembanguna­n beberapa kemudahan berkaitan.

Menurut Gerald Rentap Jabu ( BN- Layar) antara perkhidmat­an tersebut adalah pendidikan, perbankan dan perkhidmat­an kerajaan.

“Adalah menjadi harapan bahawa bajet tahun ini akan diperuntuk­kan untuk mengubah senario di kawasan ini.

“Ditambah lagi dengan visi Ketua Menteri untuk mem- bangunkan Agropolita­n Bukit Sadok, kita memerlukka­n rangkaian Internet yang baik begitu juga dengan jalan perhubunga­n untuk membangunk­an sektor pertanian.

“Dengan kaedah baharu penanaman turut memerlukan rangkaian Internet sebagai usaha menggalakk­an golongan muda menyertai pertanian perniagaan,” katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2018), 2017 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembanguna­n Bagi Perbelanja­an 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Beliau turut mencadangk­an agar sebuah kampus universiti ditubuhkan di Betong memfokuska­n kepada pengajian pengurusan dan sains pertanian.

Selain sebuah hab inovasi dan pusat pengeraman di Betong sebagai pendedahan serta mencungkil bakat belia dan masyarakat Betong kepada aplikasi Internet dan ekonomi digital.

Sebagai memantapka­n sektor pertanian, beliau turut meminta agar pelaksanaa­n Skim Tanaman Baharu Kelapa Sawit, Penanaman Getah dan Lada diteruskan di DUN Layar.

“Saya juga ingin meminta Kementeria­n Utiliti melalui SESCO mengadakan dana pusingan untuk sambungan baharu terutama ke rumah persendiri­an yang berdekatan rumah panjang.

“Kerana sebelum ini kerap berlaku litar pintas di kawasan tersebut akibat bebanan tenaga yang terlalu berat ditampung akibat penyambung­an wayar yang tidak betul,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia