Utusan Borneo (Sarawak)

Paras air diturunkan daripada paras 77.6 meter kepada 65 meter untuk membolehka­n kerja penampalan dilakukan

-

KUCHING: Penurunan paras air di Empangan Bengoh sedang dilakukan untuk menjalanka­n kerja menampal bahagian dinding empangan yang didapati berlaku lelehan air, sejak dua bulan lalu.

Menurut Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, paras air empangan tersebut akan diturunkan daripada paras 77.6 meter kepada 65 meter untuk membolehka­n kerja penampalan dilakukan.

“Sekarang, kontraktor perlahan-lahan melakukann­ya kerana mereka perlu menurunkan paras air untuk membuat pembaikan,” katanya pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam yang turut dihadiri Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang dan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi.

Bagaimanap­un, Dr Rundi menegaskan bahawa lelehan yang berlaku di bahagian bawah dinding empangan adalah tidak berkaitan dengan integriti struktur empangan di mana berdasarka­n laporan daripada pakar perunding reka bentuk dan kontraktor, struktur Empangan Bengoh adalah dijamin kukuh dan stabil.

“Adalah normal untuk struktur konkrit mengalami lelehan air selepas beberapa tempoh tetapi ia boleh ditampal. Ini tidak akan menjejaska­n keseluruha­n struktur empangan kerana pihak kontraktor juga menjalanka­n pemantauan dan sebagainya untuk memastikan empangan sentiasa kukuh dan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n bahawa penurunan paras air empangan baru-baru ini adalah selaras dengan prosedur operasi seperti yang dinasihatk­an oleh pakar empangan.

“Ia adalah penurunan paras air yang dirancang dengan melepaskan air melalui saluran ‘culvert’ dan bukan disebabkan sebarang masalah atau kebocoran empangan. Oleh yang demikian, keselamata­n dan integriti empangan ini tidak terjejas,” katanya.

Dr Rundi menambah, perkara tersebut telah disahkan oleh pakar perunding empangan daripada Halcrow Consultant, United Kingdom (UK) semasa lawatan pemeriksaa­n berkala di tapak empangan pada akhir Oktober lalu.

Sementara itu, beliau berkata bagi pembinaan konkrit empangan, sendi (movement joints) empangan telah direka bentuk untuk membenarka­n proses pengembang­an dan pengecutan akibat perubahan suhu dalam struktur empangan.

“Pengaliran atau lelehan air melalui ‘movement joints’ ini adalah dijangka. Apa yang kelihatan di tapak adalah ‘contractio­n joint’ yang telah direka bentuk dan bukannya ‘keretakan’ seperti yang didakwa,” katanya.

Rundi juga berkata berdasarka­n kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi empangan-empangan yang dibina di seluruh dunia, Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) telah disediakan untuk Empangan Bengoh.

Justeru, katanya bagi situasi kecemasan yang di luar jangkaan, pihak-pihak berkenaan termasuk penduduk yang terlibat akan dimaklumka­n serta-merta dan pelan pemindahan akan dijalankan.

Sehubungan itu, beliau berkata pemasangan siren telah dirancang di kampungkam­pung yang terletak di hilir empangan termasuk mengenal pasti kawasan yang selamat untuk pusat pemindahan penduduk.

Dalam pada itu, Dr Rundi berkata pemantauan berkala terhadap pergerakan struktur empangan juga dilakukan untuk memastikan keselamata­n telah dilakukan sejak peringkat awal pembinaan dan diteruskan mengikut SOP empangan.

Terdahulu, beliau berkata reka bentuk dan pembinaan Empangan Bengoh adalah melibatkan sumbangan daripada pakar pembinaan empangan antarabang­sa yang berpengala­man dari United Kingdom (UK) dan pakar kontraktor empangan dari China yang telah membina lebih daripada 200 empangan di seluruh dunia, bersama kontraktor tempatan yang berkaliber, Naim Land Sdn Bhd.

Reka bentuk serta pembinaan empangan tersebut juga telah disemak oleh pakar empangan yang berkecuali di Australia.

Empangan Bengoh yang mula dibina pada 2007 dan siap pada penghujung 2010 dengan kos RM310 juta adalah untuk menampung keperluan air bersih kepada hampir dua juta pengguna di sekitar bandar raya Kuching menjelang 2030.

Empangan ini juga mampu membekalka­n 130 juta mi- liliter tambahan air mentah kepada Loji Rawatan Air Batu Kitang sebelum disalur kepada pengguna sekitar bahagian Kuching.

Kelmarin, tular di media sosial berhubung laporan mengenai Empangan Bengoh, yang terletak di hulu Sungai Sarawak Kiri dan kini menakung 144 juta meter kubik air, telah menunjukka­n tanda-tanda kebocoran dari bahagian bawah dinding empangan.

Keadaan itu telah mewujudkan kebimbanga­n empangan runtuh kepada kira-kira 3,500 penduduk yang tinggal di lima kampung Bidayuh yang terletak di hilirnya iaitu Kampung Bengoh, Kampung Danu, Kampung Semadang, Kampung Giam dan Kampung Git termasuk banyak lagi kampung yang terletak di sepanjang Sungai Sarawak Kiri menuju ke Batu Kitang.

 ??  ?? PENJELASAN: Dr Rundi (duduk, dua kiri) bersama Liwan (duduk, tiga kiri), Dr Abdul Rahman (duduk, kiri) bersama wakil-wakil kontraktor menjelaska­n mengenai keadaan Empangan Bengoh pada sidang media di Kompleks DUN semalam.
PENJELASAN: Dr Rundi (duduk, dua kiri) bersama Liwan (duduk, tiga kiri), Dr Abdul Rahman (duduk, kiri) bersama wakil-wakil kontraktor menjelaska­n mengenai keadaan Empangan Bengoh pada sidang media di Kompleks DUN semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Rusnan Mustafa
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Rusnan Mustafa
 ??  ?? KUNJUNGAN: Abang Johari merakam kenangan bersama ahli PASBK. Turut kelihatan Abdul Rahman Zainudin (duduk, kiri).
KUNJUNGAN: Abang Johari merakam kenangan bersama ahli PASBK. Turut kelihatan Abdul Rahman Zainudin (duduk, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia