Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan terhadap Kanun Tanah Negeri tidak dapat dilakukan tergesa-gesa

-

KUCHING: Pindaan terhadap Kanun Tanah Negeri berkaitan Pulau Galau dan Pemakai Menoa tidak dapat dilakukan secara tergesa-gesa tanpa melihat secara keseluruha­n cara penyelesai­annya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang menyatakan demikian, berkata jika tergesa- gesa, dikhuatiri akan berlaku kelemahan atau kesilapan, justeru pindaan terpaksa dilakukan semula kelak.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri bukan melengah-lengahkan pindaan, malah bukan tidak simpati terhadap masalah dihadapi rakyat.

“Kerajaan bukan enggan membantu Dayak, kita juga simpati ke atas Bumiputera yang ada masalah tentang tanah.

“Mereka yang menuduh kita menganiaya Dayak perlu faham apa yang kerajaan buat. Kerajaan tidak sama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu-individu yang sekadar berkata-kata,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai desakan sekumpulan pihak yang meminta kerajaan mengiktira­f Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

Kumpulan tersebut mengadakan perhimpuna­n aman di Tebingan Kuching dan pekarangan Mahkamah Kuching semalam.

Kumpulan tersebut juga menyerahka­n memorandum kepada wakil Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di pekarangan Dewan Undangan Negeri selepas beberapa jam berkumpul di Tebingan Kuching bermula jam 8 pagi.

Uggah yang merupakan pengerusi Jawatankua­sa Pemakai Menoa dan Pulau Galau berkata lagi usul berkaitan perkara itu yang cuba dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan Baru Bian pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri kali ini tidak dapat disokong oleh kerajaan.

Usul itu ditolak katanya, bukan atas alasan kerajaan tidak setuju tetapi jawatankua­sa tersebut kini dalam proses mendapatka­n maklumat, berbincang dan cuba mencari penyelesai­an masalah.

“Usul yang hendak dikemukaka­n oleh Baru Bian tidak menyeluruh dan tidak mampu menyelesai­kan masalah yang dihadapi ketika ini. Kerajaan mahu mencari jalan penyelesai­an,” ujarnya.

Beliau menegaskan lagi, Abang Johari sering kali mengulangi pendirian kerajaan negeri berhubung isu tersebut yang menyatakan mereka mengiktira­f Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

Uggah seterusnya menafikan beliau pernah mengeluark­an kenyataan bahawa pindaan terhadap kanun tanah akan dibentangk­annya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini. Dewan bersidang mulai 8 November hingga 17 November ini.

Mengenai keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional ( BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 susulan isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau, beliau berkata rakyat diyakini akan terus menyokong mereka.

“Saya amat yakin rakyat akan menyokong BN lagi pada PRU14.

“Sabar dan beri kerajaan masa. Kami dipilih oleh anda dan tanggungja­wab kami mencari penyelesai­an kepada apa sahaja masalah yang dihadapi rakyat,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia