Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan laksana program keusahawan­an untuk belia

-

KUCHING: Kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan bersama pelbagai agensi menyedia serta melaksanak­an pelbagai program keusahawan­an untuk golongan belia.

Antaranya menurut Menteri Muda Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais, program seperti latihan kemahiran, pembanguna­n produk, promosi dan pemasaran, pensijilan, penyediaan premis perniagaan, bantuan kewangan dan sebagainya.

Program-program ini menurutnya adalah untuk menarik minat dan memperkasa­kan para usahawan sama ada yang baharu mahupun yang sedia ada, orang dewasa atau orang muda dan belia.

“Bagi belia yang berumur 40 tahun ke bawah, kerajaan menyediaka­n beberapa program khas sebagai contoh Skim Usahawan Permulaan ( SUPERB), Tunas Usahawan Bumiputera ( TUBE), Graduan Ke Arah Keusahawan­an (GERAK), Rural Business Challenge ( RBC) dan pendaftara­n percuma bagi usahawan online dan banyak lagi.

“Kejayaan sesuatu program keusahawan atau perniagaan biasanya dinilai dari segi pendapatan kewangan iaitu untung rugi perniagaan, kemajuan produk atau perkhidmat­an sama ada boleh berdaya tahan lama atau tidak dan dari segi besar dan kecil pasarannya.

“Tetapi bagi program khas untuk belia di atas, kejayaanny­a dinilai dari segi idea dan kreativiti, kejayaan mendaftar syarikat serta memulakan perniagaan syarikat selepas tamat latihan dan kekuatan kapasiti pengeluara­n serta keupayaan menembusi pasaran,” katanya.

Naroden berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Fazzrudin Abdul Rahman (BN-Tupong) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN semalam. Menjawab pertanyaan Datuk Mong Dagang ( BN- Bukit Begunan) berhubung program Satu Daerah Satu Produk (SDSI), Naroden berkata program ini mula diperkenal­kan oleh MITI Malaysia untuk menggalakk­an pembanguna­n sesuatu program atau perkhidmat­an berlandask­an keunikan atau kekuatan aktiviti ekonomi dalam sesebuah daerah atau komuniti.

Bagi Sarawak katanya, melalui program ini walaupun belum menyeluruh berupaya mengenal pasti produkprod­uk yang sinonim dengan aktiviti ekonomi dalam daerah masing-masing.

Sebagai contoh, Lawas dan Limbang terkenal dengan tahai, kerbau, kraf tangan, manic, seramik, madu tesirat dan sebagainya manakala Kapit dan Belaga terkenal dengan kraf, ikan empurau dan ikan semah.

Produk-produk dari manamana kawasan tidak semestinya berbeza jauh kerana hampir semua kawasan kita memiliki flora, fauna dan budaya yang hampir serupa.

Bagaimanap­un, kementeria­n menurut Naroden bersama kementeria­n-kementeria­n dan agensi yang lain sentiasa memberi fokus kepada pembanguna­n hiliran, huluan kerana SDSI lebih mengenai penyertaan dan pengeluara­n kualiti dan pemasaran produk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia