Utusan Borneo (Sarawak)

Yong dipilih pengerusi SUPP Dudong baharu

-

SIBU: Wong Chin Yong dipilih sebagai pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong baharu bagi sesi 2018-2020.

Pemilihan beliau dibuat pada Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) SUPP Dudong di premisnya, Jalan Aman di sini kelmarin.

Beliau menggantik­an bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck.

Dr Soon, Datuk David Teng, Wong Chih Yong, Liew Kian Yut, Kong Sheau Hon dan Penghulu Philip Kayak masing-masing dilantik sebagai pengerusi kehormat SUPP Dudong.

Kelvin Kong dipilih timbalan pengerusi SUPP Dudong manakala Ling Hung King, Kaunselor Ladong Engkol, Liew Kwan Hua dan Kaunselor Kong Yii Tee masing-masing naib pengerusi.

Setiausaha SUPP Dudong kekal disandang Kong Sing Ping sambil dibantu Dr Wong Chya Wei, Kaunselor Frederick Taip Ledom dan Christophe­r Ugot Nyaring.

Daniel Sng dipilih sebagai bendahari sambil dibantu Kong Fwa Ping (penolong bendahari).

Ketua Pemuda SUPP Dudong disandang Benjamin Tian dan sayap wanita diketuai Keu Siew Kee.

Manakala bagi Unit Bumiputera SUPP Dudong, Enyang Menchol, Tuai Rumah Kemarau Agat dan Penghulu Philip Kayak dilantik sebagai penasihat.

Kaunselor Ladong Engkol dipilih pengerusi manakala timbalanny­a Kaunselor Frederick Taip Ledom. Setiausaha disandang William Anut dibantu Peter Pengabang Jakop.

Christophe­r Ugot Nyaring dan Paing Tawi masing-masing dilantik sebagai bendahari dan penolong bendahari.

Sementara itu, pada TGM itu seramai 28 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), kelab dan persatuan menerima geran kerajaan daripada SUPP Dudong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia