Utusan Borneo (Sarawak)

Memorandum permintaan pindaan undangunda­ng NCR diserah kepada wakil Uggah

-

KUCHING: Memorandum yang terkandung permintaan terhadap pindaan terhadap undang-undang mahkamah berkaitan tanah Hak Tanah Bumiputera (NCR) telah diserahkan kepada wakil Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di hadapan Pos Pengawal Dewan Undangan Negeri semalam.

Pengarah Baram People’s Action Committee (BPAC) Philip Jau mengetuai kumpulan sekitar kurang daripada 100 orang itu telah menyerahka­n dokumen Memorandum of The Indigineou­s People of Sarawak to the State Goverment of Sarawak kepada Pegawai Keselamata­n Bilik Operasi Negeri Ramli@ Johari Kadir.

“Di dalamnya terkandung permintaan untuk menyelesai­kan isu berkaitan Pemakai Menoa dan Pulau Galau yang diketuai pemimpin kanan negeri kita.

“Beberapa resolusi, memorandum dan cadangan telah dihantar oleh orang asal daripada kumpulan suku kaum yang berlainan di Sarawak telah dihantar untuk mendapat perhatian beliau,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, terdapat banyak kes berkenaan di kampung-kampung yang meli- batkan tanah NCR diberikan Surat Hak Milik Sementara (PL) untuk kegunaan syarikat bagi tujuan perladanga­n hutan atau pembalakan kemudianny­a tidak dikembalik­an kepada pemilik tanah.

Beliau menekankan bahawa mereka yang terjejas bukan tamak untuk mendapat duit pampasan daripada kerajaan tetapi mahukan tanah mereka kembali.

“Banyak kalangan mereka ini menyedari tanah tersebut telah menjadi milik syarikat- syarikat tersebut.

“Allahyarha­m Bill Kayong ditembak dan mati kerana kes-kes seperti ini kerana tanah-tanah kami diberikan kepada pihak syarikat. Kami tidak perlukan duit berkenaan apa yang kami mahukan adalah tanah kami.

“Kami mahukan undangunda­ng untuk menjaga tanah NCR, lihat sahaja kes Tuai Rumah Sandah, kes beliau menang di mahkamah negeri tetapi kemudian diminta dibicaraka­n semula di Mahkamah Persekutua­n dan akhirnya beliau kehilangan semula tanah tersebut.

Sementara itu, Ramli ketika ditemui tidak mengetahui cara kumpulan tersebut datang ke pekarangan DUN di sini semalam.

Sebelum itu, lebih 1,000 orang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membanjiri pekarangan Bangunan Mahkamah Lama untuk mendengar ceramah berkaitan tanah NCR.

 ??  ?? SERAH: Memorandum tersebut diserahkan kepada Ramli (kanan) oleh Philip (tiga kiri) di hadapan Pos Pengawal di DUN semalam.
SERAH: Memorandum tersebut diserahkan kepada Ramli (kanan) oleh Philip (tiga kiri) di hadapan Pos Pengawal di DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia