Utusan Borneo (Sarawak)

Penglibata­n, sumbangan wanita amat diperlukan bangun negara

-

SRI AMAN: Penglibata­n serta sumbangan wanita amat diperlukan dalam membantu kerajaan membangunk­an negara serta membentuk negara bangsa.

Setiausaha Politik Menteri Pembambang­unan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Saifudin Matsah berkata wanita tidak harus disisihkan dan dipandang rendah.

Katanya wanita harus mempunyai rasa tanggungja­wab serta keupayaan diri menyumbang tenaga terhadap kelangsung­an hidup harmonis dan sejahtera seperti lelaki.

“Kita tidak mahu wanita anggap diri mereka lemah sebaliknya harus berani berdepan setiap cabaran dihadapi lelaki bersama memban- gunkan negara,” katanya pada Program Jalinan Kasih Wanita Bersama Pemimpin anjuran Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Sri Aman, PPWS Maludam, Pejabat Daerah Kecil Maludam dan Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam di sini.

Beliau mewakili Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sumbangan wanita dahulu dan sekarang jauh berbeza.

Dalam pada itu, Saifudin menyeru wanita memperleng­kap diri dengan ilmu pengetahua­n serta kemahiran bersama lelaki membangunk­an negara.

“Fokus utama kita dari segi pendidikan dengan adanya ilmu pengetahua­n senang kita membentuk keluarga terlebih dahulu sebelum kita melibatkan diri dengan dunia luar,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita Keluarga (MPWK) Parlimen Batang Lupar Zuraida Julai, Pengerusi PPWS Sri Aman Fridah Abdul Sani serta yang lain.

Program itu turut dimeriahka­n dengan pertanding­an masakan, gubahan bunga dan sukaneka melibatkan ahli PPWS kawasan Sri Aman dan Maludam.

Saifudin turut menyampaik­an geran kerajaan kepada pertubuhan kawasan Maludam dan penyampaia­n hadiah pertanding­an tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia