Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak mulai sedar akan hak mempertaha­n tanah NCR mereka

-

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Baru Bian berkata rakyat di Sarawak sudah mulai sedar akan hak untuk mempertaha­nkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka.

Beliau menambah bahawa orang asal daripada pelbagai etnik berkumpul semalam kerana mulai menyedari refleksi tersebut dan mahu perkara tersebut dibahaskan di DUN agar terdapat perubahan undang-undang bagi melindungi hak mereka.

“Saya gembira rakyat sudah semakin tahu akan perkara ini seperti yang para penceramah katakan hari ini...dan lebih banyak ceramah harus diadakan selepas ini.

“Mereka mahukan kerajaan baharu melakukan pindaan terhadap undang- undang tersebut. Menyaksika­n ramai yang berkumpul di sini adalah sesuatu yang bersejarah untuk melihat mereka di peringkat akar umbi tahu lebih mendalam tentang perkara ini dan mereka datang dari seluruh kawasan di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada perhimpuna­n aman isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di sini semalam.

Pada masa yang sama, setiausaha penganjur demonstras­i NCR Mark Bujang turut menyatakan bahawa pihaknya berharap pindaan terhadap Surat Hak Milik Sementara (PL) dilakukan bagi mengembali­kan hak tanah adat mereka daripada kerajaan.

Ahli-ahli daripada lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendengar 10 penceramah bebas menyentuh isu sensitif berkaitan NCR.

Jelasnya sehingga hari ini, lebih 400 kes NCR di seluruh Sarawak masih ditangguh manakala 10 kes masih dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi negeri dan sehingga tiga hari lepas sebanyak tiga kes telah ditolak di Mahkamah Persekutua­n.

Upacara miring turut dijalankan seawal jam 7.30 pagi sebagai pemberkata­n perhimpuna­n tersebut.

Sementara itu, satu lagi perhimpuna­n aman yang dirancang di pekarangan Kompleks Mahkamah Negeri, Petra Jaya di sini semalam dibatalkan pada saat akhir.

Perhimpuna­n yang dirancang pada jam 9 pagi tersebut merupakan satu daripada dua lokasi bagi memprotes dasar-dasar negeri berkaitan tanah NCR.

Menurut salah seorang peserta protes, Hilarion Besi Jinggot, mengikut rancangan asal protes ini akan diadakan serentak di dua lokasi termasuk di Kompleks Mahkamah Lama.

Tetapi katanya disebabkan berlaku beberapa kekeliruan maka protes yang dirancang di Kompleks Mahmakah Negeri dibatalkan pada saat akhir.

“Tujuan kami mengadakan protes ini adalah untuk menuntut kerajaan mengembali­kan tanah NCR kami dan mengiktira­f tanah Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

“Tanah Pemakai Menoa dan Pulau Galau merupakan adat lama kami Dayak Iban dan ia harus diiktiraf oleh kerajaan dan dikembalik­an kepada kami,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun protes di Kompleks Makhamah Negeri semalam dibatalkan, namun para peserta yang datang menggunaka­n dua bas sejauh dari Melikin, Balai Ringin berhimpun sebentar di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama sebelum kembali ke Kompleks Mahkamah Lama.

 ??  ?? PERHIMPUNA­N: Sebahagian daripada peserta berhimpun secara aman di pekarangan DUN Lama semalam bagi menggesa kerajaan mengembali­kan tanah NCR mereka.
PERHIMPUNA­N: Sebahagian daripada peserta berhimpun secara aman di pekarangan DUN Lama semalam bagi menggesa kerajaan mengembali­kan tanah NCR mereka.
 ??  ?? TETAP AMAN: Kelihatan bekas Timbalan Pengerusi Majlis Adat Istiadat Sarawak Nicholas Bawin (tengah) yang juga penasihat PEDAS berbincang tentang perhimpuna­n aman itu dengan pihak penguat kuasa semalam.
TETAP AMAN: Kelihatan bekas Timbalan Pengerusi Majlis Adat Istiadat Sarawak Nicholas Bawin (tengah) yang juga penasihat PEDAS berbincang tentang perhimpuna­n aman itu dengan pihak penguat kuasa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia