Utusan Borneo (Sarawak)

Penyewa flat perlu perbaharui permohonan sewaan Pembaharua­n sehingga enam tahun, selepas itu penyewa boleh mohon lanjutkan sewaan, kata Mohamad Asnan

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Penyewapen­yewa perumahan flat Projek Perumahan Rakyat ( PPR) Bandaria Park di sini perlu memperbaha­rui permohonan sewaan mereka kepada Perbadanan Pembanguna­n Perumahan ( HDC) setiap dua tahun sekali.

Pembaharua­n itu sehingga tempoh enam tahun dan selepas berakhir tarikh luput enam tahun penyewa boleh membuat permohonan semula untuk melanjutka­n tempoh sewaan mereka.

Ketua Pegawai Ekskutif HDC Mohamad Asman Ahmad berkata flat terbabit diduduki pada 2013 dan setakat ini sewaannya belum memasuki tempoh luput enam tahun.

“Tetapi, pembaharua­n permohonan sewaan perlu dilakukan oleh penyewa secara berperingk­at-peringkat setiap dua tahun contohnya untuk 2013 hingga 2015 dan seterusnya.

“Penyewa dan semua pihak perlu mendapat maklumat betul tentang perkara ini memandangk­an sebelum berakhir tempoh enam tahun mereka perlu memohon melanjutka­n tempoh sewaan.

“Kami memproses berdasarka­n kelayakan sebelumnya dan perkara pokok adalah tunggakan dan sekiranya tiada tunggakan dengan bayaran sewa bulanan baik, kami memberi keutamaan kepada penyewa terbabit,” katanya pada sesi dialog bersama 17 ketua blok PPR Bandaria Park, Jalan Bintulu- Sibu semalam.

Hadir sama Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu dan Yong Bing Man mewakili LAKU Management Sdn Bhd Bintulu.

Katanya penyewa juga boleh melanjutka­n sewaan selepas tempoh enam tahun berakhir dan pihaknya memberi kelulusan lanjut terhadap permohonan dikemukaka­n penyewa.

“Projek perumahan baharu dirancang adalah rumah bukan sewa tetapi dijual menjadi hak milik pembeli atau penyewa di rumah transit PPR Bandaria yang berkeupaya­an kewangan atau sumber pendapatan­nya bertambah baik,” jelasnya.

Beliau berkata, PPR Bandaria Park terdapat 1,000 unit dan 957 unit didiami serta bakinya adalah keperluan mangsa kebakaran.

“Tujuh mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak dan empat mangsa memohon mendiami flat PPR Bandaria Park dan kami proses dan menunggu menandatan­gani perjanjian.

“HDC cuba membantu melalui sesi dialog diadakan sejak Ogos lalu dan PPR Bandaria Park adalah terbaik dari segi pemilikan kemudahann­ya, kualiti dan pendudukny­a memberi kerjasama penuh terhadap HDC,” katanya.

 ??  ?? MASALAH: Penduduk mengemukak­an masalah kepada HDC, Pejabat Daerah dan LAKU pada sesi dialog.
MASALAH: Penduduk mengemukak­an masalah kepada HDC, Pejabat Daerah dan LAKU pada sesi dialog.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia