Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat perlu main peranan bagi realisasi TN50

-

SARATOK: Bagi merealisas­ikan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) melahirkan generasi berkualiti, masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dan bukan meletakkan tanggungja­wab kepada satu pihak sahaja.

Pelobi Parti Demokratik Progresif (PDP) Parlimen Saratok Basil Thomas berkata dunia pendidikan amat mencabar, justeru peranan masyarakat amat penting membentuk generasi terbaik.

“Keberkesan­an dasar pendidikan negara merupakan asas utama pembanguna­n modal insan dan lain-lain dalam sesebuah negara.

“Matlamat menjadikan Malaysia negara maju amat bergantung kepada keu- payaan warga pendidik menyediaka­n pendidikan berkualiti dengan menekan pembanguna­n insan secara holistik,” katanya pada Majlis Makan Malam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Supok di sini malam Sabtu lalu.

Majlis itu dihadiri sekitar 250 orang terdiri daripada ibu bapa pelajar dan penduduk setempat.

Menurut Basil, ibu bapa yang merupakan ahli PIBG harus bekerjasam­a dengan pendidik terutama dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang dan berkualiti.

Katanya PIBG yang aktif turut membantu pihak sekolah dalam pembentuka­n pelajar khususnya berkaitan disiplin.

“Dewasa ini, masalah disiplin pelajar kian merunsingk­an semua peringkat, justeru untuk membentuk displin kukuh ahli PIBG perlu bergabung dengan pihak sekolah.

“PIBG boleh memainkan peranan dengan mengikuti perkembang­an pelajar, membantu menambah sumber kewangan dan meningkatk­an kemesraan kalangan guru dan masyarakat,” jelasnya.

Pada majlis itu, Basil turut menyampaik­an sumbangan peribadi kepada PIBG SK Supok.

Hadir sama Guru Besar SK Supok Sawi Suhaili, Yang Dipertua PIBG SK Supok Maling Tingang, Kaunselor Peter Gon, Kaunselor Rajau serta ketua-ketua masyarakat.

 ??  ?? IKHLAS: Basil (kiri) menyampaik­an sumbangan peribadi kepada SK Supok yang diwakili Sawi.
IKHLAS: Basil (kiri) menyampaik­an sumbangan peribadi kepada SK Supok yang diwakili Sawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia