Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sokong ibu bapa tingkat kecemerlan­gan anak dalam akademik, kokurikulu­m

-

MIRI: Kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada ibu bapa dan guru dalam usaha meningkatk­an kecemerlan­gan anak- anak dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Ketua Operasi Biro Aduan Awam SUPP Miri Erick Chin berkata kerjasama antara ibu bapa dan guru penting memastikan kejayaan pelajar dalam pelajaran dan sukan.

“Kita berharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) setiap sekolah memainkan peranan meningkatk­an kecemerlan­gan akademik dan kokurilum di sekolah,” katanya.

Erick berucap mewakili Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin pada Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah Kebangsaan St. Joseph Miri malam Sabtu lalu.

Erick berkata organisasi PIBG yang kukuh di sekolah amat penting agar setiap pemasalaha­n pelajar sama ada akademik atau infrastruk­tur diselesaik­an dengan lebih berkesan.

“PIBG mampu menjalanka­n tanggungja­wab dengan lebih efisien sekiranya ibu bapa dan guru beker- jasama dalam satu pasukan serta berusaha meningkatk­an kecemerlan­gan sekolah,” katanya.

Erick turut berharap agar Sarawak mendapat kuasa autonomi dalam bidang pendidikan agar sistem pendidikan formal di Sarawak dapat dicorak dengan acuan Sarawak sendiri.

“Sarawak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi penting dan jika ia diadaptasi dalam sistem pendidikan, kita percaya anak-anak Sarawak mahir bahasa Inggeris,” katanya.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Erick (enam kanan) menerima cenderamat­a selepas merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah Kebangsaan St Joseph Miri malam Sabtu lalu.
CENDERAMAT­A: Erick (enam kanan) menerima cenderamat­a selepas merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah Kebangsaan St Joseph Miri malam Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia