Utusan Borneo (Sarawak)

Empat keluarga mangsa kebakaran ditawarkan menyewa unit rumah

-

BINTULU: Empat keluarga di Kampung Sebuan Besar, Jepak yang hilang tempat kediaman akibat kebakaran September lalu ditawarkan menyewa unit rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandaria Park, Jalan Bintulu-Sibu di sini.

Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu berkata permohonan keluarga terbabit diterima untuk menyewa unit rumah di PPR Bandaria Park sementara menunggu rumah baharu mereka siap dibina memandangk­an mangsa masih menumpang.

“Perbadanan Pembanguna­n Perumahan ( HDC) Sarawak tiada halangan memberi keutamaan kepada mangsa terbabit bagi meringanka­n beban mereka,” katanya pada sesi dialog bersama ketuaketua blok perumahan di PPR Bandaria Park semalam.

Beliau berkata, pada 29 September lalu HDC mengeluark­an surat tawaran kepada mangsa kebakaran dan suratsurat itu ditandatan­gani pemohon. Katanya, empat mangsa kebakaran memohon ditawarkan unit rumah PPR Bandaria Park ialah Abdul Rahman Abdullah, Rosmah Sulak, Redzuan Nahar dan Rohana Abdul Rahman.

“HDC dalam proses menyiapkan dokumen dan sekiranya proses itu siap pemohon boleh memasang kemudahan elektrik dan air di rumah tersebut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya amat berharap semua pemohon dapat menduduki unit rumah ditawarkan sekitar awal tahun depan.

“Pejabat Daerah Bintulu berterima kasih kepada HDC kerana sanggup mengambil inisiatif menawarkan unit rumah untuk disewakan kepada mangsa kebakaran terbabit,” katanya sambil menambah, sewa bulanan dikenakan HDC ialah RM150 sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia