Utusan Borneo (Sarawak)

Siling Pasar Besar Krokop bocor, pendawaian lambat siap

-

MIRI: Peniaga Pasar Besar Krokop di sini mengadu masalah siling bocor dan air menitis ke gerai jualan mereka serta kerja-kerja pendawaian yang lambat siap.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut Bruce Chai berkata ia dua isu utama dikemukaka­n kepada Pasukan Tindakan Bergerak ( MAT) semasa sesi pertemuan dan lawatan kelmarin.

“Kami mendapati banyak kebocoran berlaku di beberapa bahagian siling selain peniaga mahu kerja pendawaian dipercepat­kan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, penutup siling dibuka tiga bulan lalu membolehka­n kerja- kerja pendawaian dilakukan namun sehingga kini projek menukar dan memperbaik­i pendawaian lama dan rosak masih belum selesai.

Selain itu,keadaan air bertakung di tempat pemung- gahan ikan menyebabka­n masalah berbau busuk dan laluan licin.

“Ada sebahagian tempat pemunggaha­n ikan di kawasan belakang pasar itu kotor, berbau dan air bertakung. Peniaga mahu tempat itu diturap semula serta mem- baiki masalah lubang dan kerosakan,” jelasnya.

Bruce berkata, peniaga turut mengadu sistem pemasa lampu tidak berfungsi dengan baik dan masalah itu telah dirujuk kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk tindakan. BINTULU: Ibu bapa di Sekolah Kebangsaan ( SK) Kem Batu 18 Bintulu disaran sentiasa menitikber­atkan pendidikan anak mereka bagi memperoleh­i kecemerlan­gan dalam akademik.

Pembantu Khas Ahli Parlimen Bintulu Teo Ho Peng berkata sebagai sebuah sekolah di kawasan bandar, menjadi kelebihan ibu bapa mendapatka­n bahan rujukan tambahan buat anak mereka.

“Justeru, ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kem Batu 18 Bintulu harus menjalinka­n kerjasama dengan warga pendidik bagi memastikan segala permasalah­an berkaitan anakanak mereka dapat diatasi,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal Alumni anjuran PIBG SK Kem Batu 18 Bintulu di sini, malam Sabtu lalu.

Jelasnya bagi memastikan sekolah terus cemerlang dalam akademik, jalinan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu untuk membolehka­n program pendidikan dianjurkan.

Tambahnya, contoh terbaik program motivasi pelajar anjuran Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) serta anjuran NGO dan korporat lain di sini.

“Kerjasama dalam melak- sanakan program memberi impak positif terhadap pencapaian akademik pelajar sekali gus memastikan sekolah mampu menghasilk­an lebih ramai modal insan,” katanya.

Hadir sama Guru Besar SK Kem Batu 18 Paul Jarum dan Pengerusi Jawatankua­sa Pengantara SDGA Bintulu Thwaites Langgak.

 ??  ?? TINGKAT AKADEMIK: Teo merasmikan Majlis Makan Malam Amal Alumni PIBG SK Kem Batu 18 di Bintulu malam Sabtu lalu.
TINGKAT AKADEMIK: Teo merasmikan Majlis Makan Malam Amal Alumni PIBG SK Kem Batu 18 di Bintulu malam Sabtu lalu.
 ??  ?? BOCOR: Bruce (tengah) menemui peniaga melihat keadaan siling bocor ketika lawatan di Pasar Besar Krokop, Miri Sabtu lalu.
BOCOR: Bruce (tengah) menemui peniaga melihat keadaan siling bocor ketika lawatan di Pasar Besar Krokop, Miri Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia