Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan digesa laksana inisiatif pembiakan ikan di kawasan Kabong

-

KUCHING: Penduduk di kawasan Kabong yang sebahagian besarnya bergantung kepada perikanan untuk menampung kehidupan, kini berdepan kekangan untuk meraih pendapatan ekoran populasi ikan dan udang sama ada di pesisir pantai mahupun sungai yang semakin berkuranga­n.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir menggesa kerajaan segera melaksanak­an inisiatif pembiakan ikan di sungai mahupun pesisir pantai Kabong.

“Selain nelayan pesisir pantai, terdapat juga nelayan sungai yang menangkap ikan dan udang galah untuk menyara keluarga dan untuk dipasarkan.

“Namun tidak dinafikan, populasi ikan dan udang galah yang semakin berkuranga­n telah menjejaska­n punca pendapatan mereka dan oleh itu, saya memohon agar tindakan diambil untuk menambah populasi ikan di pesisir pantai Kabong dengan meletakkan tukun tiruan atau melepaskan benih ikan dan udang galah termasuk di sungai,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membahaska­n Bajet Negeri 2018 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Chee Kadir menambah bahawa konstituen­si Kabong juga mempunyai banyak pengusaha kecil dalam bidang pemakanan, selain terlibat dalam kegiatan pertanian.

Sehubungan itu, beliau meminta agar kerajaan mempertimb­angkan penubuhan estet perindustr­ian yang akan merangsang kegiatan ekonomi penduduk di situ.

“Ini akan dapat mengelakka­n kebergantu­ngan terhadap pertanian dan perikanan,” katanya.

Sementara itu, Che Kadir berkata masih banyak keperluan asas yang diperlukan oleh rakyat di Kabong termasuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Rumah Mampu Milik (RMM).

Selain itu, katanya program pembesaran kampung juga diperlukan untuk mengatasi masalah kepadatan penduduk kampung yang menakutkan Kabong, sekiranya berlaku kejadian kebakaran dan wabak penyakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia