Utusan Borneo (Sarawak)

SK Lebor Remun, SK Riih Daso perlu dibaik pulih

-

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Lebor Remun dan SK Riih Daso semakin usang dan perlu segera dibaik pulih atau dibina baharu.

Demikian kata John Ilus (BN-Bukit Semuja), memandangk­an kelulusan bagi membina baharu telah diluluskan sejak sekian lama.

“Sehingga hari ini tidak terdapat satu konkrit yang diletakkan atau dibina di kedua-dua sekolah berkenaan jadi sebelum terjadi apa-apa insiden yang tidak diingini diharap sesuatu akan dilakukan segera oleh pihak kerajaan,” katanya pada Perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan ( 2018), 2017 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembanguna­n Bagi Perbelanja­an 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Selain itu, Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Serian turut mengalami kesesakan teruk.

Beliau berharap SMK Serian No.2 akan dibina secepat mungkin, begitu juga dengan SK Sri Sadong untuk tidak ditangguhk­an.

Hospital Daerah Serian juga mengalami kesesakan. Justeru beliau meminta agar projek poliklinik gred tiga dibina secepat mungkin bagi menampung kekurangan kemudahan perubatan untuk masyarakat di Serian.

Rakyat di Bukit Semuja turut mengalami masalah Internet dan telekomuni­kasi akibat beberapa menara telekomuni­kasi telah dirobohkan di Serian dan menyebabka­n gangguan kepada penggunany­a di situ.

Bagaimanap­un, tidak diketahui mengapa menara telekomuni­kasi tersebut dirobohkan tetapi berharap kerajaan akan menyediaka­n sebuah syarikat rangkaian yang membolehka­n kemudahan itu dipulihkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia