Utusan Borneo (Sarawak)

Sebelas keluarga mangsa kebakaran terus menerima pelbagai sumbangan

-

MIRI: Nasib 11 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Long Panai, Baram terus mendapat perhatian dengan pelbagai pihak tampil menghulurk­an sumbangan bagi meringanka­n beban mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau turut bersimpati dengan kejadian menimpa 11 keluarga terbabit seterusnya menyalurka­n bantuan semasa lawatannya.

Setiap keluarga menerima RM300, bantuan keperluan asas makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) serta sumbangan peribadi individu.

Penghulu Anthony Kule dan Kaunselor Peter Bit masing-masing menyumbang RM1,000 dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balan Seling menyumbang RM500.

Dennis mnyeru orang ramai terus memberi pelbagai bentuk bantuan bagi meringanka­n beban keluarga yang hilang tempat berteduh itu.

Ini termasuk bantuan berbentuk peralatan dan bahan binaan untuk mendirikan semula rumah baharu mereka.

Pada masa sama, beliau mencadangk­an agar penduduk membahagik­an ruang memasak dengan dapur utama bagi mengelak kejadian kebakaran berpunca daripada api tempat memasak.

Dalam kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi, 5 November lalu satu blok rumah panjang tradisiona­l milik kaum Kenyah menempatka­n 11 pintu musnah dijilat api.

Bagaimanap­un, penduduk rumah panjang terjaga dari tidur itu sempat menyelamat­kan diri dan tiada sebarang kecederaan di- laporkan.

Blok terbakar merupakan satu daripada dua blok rumah panjang di kampung itu terletak kira-kira enam hingga tujuh jam perjalanan menggunaka­n jalan balak dari pekan Marudi.

Meskipun kehilangan semua harta benda namun Ketua Kaum Long Panai Martinus Mato Lian tetap melahirkan rasa syukur kerana tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Martinus berkata rumah panjang dibina sejak 1830 itu mempunyai 80 pintu dengan mempunyai dua blok.

 ??  ?? RINGAN BEBAN: Dennis (lima kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah sebuah keluarga mangsa kebakaran rumah panjang Long Panai.
RINGAN BEBAN: Dennis (lima kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah sebuah keluarga mangsa kebakaran rumah panjang Long Panai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia