Utusan Borneo (Sarawak)

Tergamak lacur dua anak kepada dua lelaki Bangladesh dengan bayaran RM50 seorang

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarka­n permohonan pihak pendakwaan supaya kes 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menghadapi pertuduhan membunuh dan mencederak­an rakan seuniversi­ti mereka Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain dibicaraka­n bersama.

Hakim Datuk Azman Abdullah membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah dan Nurakmal Farhan Aziz ketika kes itu disebut semula semalam. Hakim Azman berkata, perbicaraa­n secara bersama adalah lebih mudah kerana kejadian jenayah itu membabitka­n tertuduh dan saksi yang sama malah Seksyen 330 dan 302 Kanun Keseksaan yang dihadapi oleh 19 tertuduh dalam kes itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Beliau kemudianny­a menetapkan 8 Dis untuk sebutan semula kes itu. Terdahulu, 19 tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n cedera terhadap Zulfarhan Osman bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatka­n pengakuan mencuri komputer riba.

Sembilan belas tertuduh yang kesemuanya berumur 21 tahun ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Tertuduh lain ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik 03-05 Blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, asrama sama, antara 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lepas.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Pada 10 Nov lepas, lima daripada 19 penuntut berkenaan iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin dan Mohamad Shobiri menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman di tempat, masa dan tarikh sama manakala Abdoul Hakeem menghadapi pertuduhan bersubahat dengan lima tertuduh membunuh pelajar itu.

Lima tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Enam tertuduh masingmasi­ng diwakili peguam Datuk Hazizah Kassim, Mohd Fadly Hashim, Zambri Idrus, Joshua Tay, Nurul Syuhada Abdullah dan Datuk Hazman Ahmad. Ahli keluarga tertuduh dan mangsa turut hadir di mahkamah dan memenuhi galeri awam bagi mengikuti prosiding kes itu sehingga ada yang duduk di lantai mahkamah.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lepas, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya. Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap. — Bernama JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal yang memperoleh bayaran RM50 seorang dengan melacurkan dua anak perempuann­ya, dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya dua kanak-kanak itu, bulan lepas.

Perintah hukuman itu dikeluarka­n oleh Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Kamarudin Kamsun setelah meneliti hampir 20 minit fakta-fakta kes terbabit.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang menganggur dan berusia 39 tahun, melakukan kesalahan itu antara 1 Okt hingga 7 Okt tahun ini di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana, antara jam 9.25 pagi hingga 2.49 petang.

Tertuduh yang merupakan ibu kandung mangsa didapati melacurkan kedua-dua anaknya, masing-masing berusia 13 dan 10 tahun, kepada dua lelaki warga Bangladesh. Kedua-duanya kanak-kanak itu juga dipaksa melakukan hubungan seks dengan keduadua lelaki berkenaan secara bergilir-gilir sambil dilihat

Hukuman berat juga perlu kerana penganiaya­an seperti itu kerap dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka.” Suhaila Shafi’uddin Timbalan Pendakwa Raya

oleh tertuduh sendiri.

Selepas selesai melakukan hubungan seks dengan kanakkanak tersebut, tertuduh akan menerima bayaran sebanyak RM50 bagi setiap kanak-kanak, dan ada kalanya kanak-kanak tersebut akan menerima bayaran sebanyak RM1, RM5, RM10 dan RM20.

Atas kesemua kesalahan itu, tertuduh yang juga mempunyai dua orang anak lagi masing-masing berusia empat dan lima tahun, didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak 2017.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sebagai tambahan kepada hu- kuman yang dikenakan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dihukum sebat tidak kurang dua sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh kerana ia merupakan kesalahan serius melibatkan kepentinga­n awam serta tindakan seorang ibu yang tergamak melacurkan anak sehingga menyebabka­n mereka trauma.

“Hukuman berat juga perlu kerana penganiaya­an seperti itu kerap dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak- anak mereka.

“Mengikut statistik pihak berkuasa dari 2010- 2015, sebanyak 5,779 kes difailkan membabitka­n penderaan sek- sual kanak-kanak,” katanya. Hakim kemudian menetapkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintah­kan pertuduhan yang sama tarikh, dijalankan serentak hukumannya manakala hukuman selebihnya dilaksanak­an selepas tamat hukuman sebel- umnya.

Dia turut menasihatk­an tertuduh yang tidak diwakili peguam agar insaf dan bertaubat dan menyifatka­n hukuman itu sebagai pengajaran kepada masyarakat yang mungkin melakukan kesalahan sama di masa depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JALANI HUKUMAN: Seorang ibu tunggal berusia 39 tahun dijatuhi dipenjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya dan melacurkan dua anak kandungnya awal Oktober lalu.
— Gambar Bernama JALANI HUKUMAN: Seorang ibu tunggal berusia 39 tahun dijatuhi dipenjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya dan melacurkan dua anak kandungnya awal Oktober lalu.
 ?? — Gambar Bernama ?? GUBAH WANG HARAM: Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh, semalam atas 55 pertuduhan menerima wang berjumlah RM5.9 juta hasil daripada pengubahan wang haram serta sembilan pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu.
— Gambar Bernama GUBAH WANG HARAM: Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh, semalam atas 55 pertuduhan menerima wang berjumlah RM5.9 juta hasil daripada pengubahan wang haram serta sembilan pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia