Utusan Borneo (Sarawak)

Bunuh anak tiri: Hukuman penjara ditambah kepada 15 tahun

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini semalam menambah hukuman penjara kepada 15 tahun terhadap seorang operator pengeluara­n wanita atas kesalahan menyebabka­n kematian tanpa niat anak perempuan tirinya berumur empat tahun.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohtarudin Baki, Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Kamardin Hashim membenarka­n rayuan pendakwaan yang memohon tempoh penjara lebih panjang terhadap Siti Zabrina Adin.

Hakim Mohtarudin yang mempengeru­sikan panel itu berkata hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Seremban ke atas Siti Zabrina pada 14 April tahun ini, nyata tidak mencukupi.

Ketika mengetepik­an hukuman penjara 10 tahun dan menggantik­annya dengan penjara 15 tahun bermula dari tarikh penahanan Siti Zabrina pada 8 Ogos 2015, hakim mahkamah rayuan berkata rayuan pendakwaan itu mem- punyai merit.

Siti Zabrina, 42, pada mulanya menghadapi tuduhan membunuh tetapi kemudian mengaku bersalah terhadap tuduhan menyebabka­n kematian tanpa niat Nur Damia Amani Mohd Azam, empat tahun 11 bulan, di sebuah rumah di Taman Lukut Makmur, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan antara jam 3.30 petang dan 5.15 petang 7 Ogos 2015.

Menurut fakta kes, tertuduh mengambil penyangkut baju dan memukul tangan serta kaki kanak-kanak itu selepas dia berang apabila anak tirinya itu tidak mahu makan, sebaliknya memberi makanan itu kepada kucing peliharaan­nya, sebelum menyuruhny­a pergi mandi.

Dia sekali lagi memarahi Nur Damia kerana enggan mandi, tetapi kanak-kanak itu tidak memberi sebarang respons, hanya memandang ke arah Siti Zabrina, mengakibat­kan wanita itu semakin marah lalu menendang dada kanak-kanak itu sehingga dia tersandar pada dinding bilik.

Nur Damia kemudian pergi ke bilik air untuk mandi dan Siti Zabrina bergegas ke bilik air setelah mendengar benda terjatuh lalu mendapati kanakkanak itu terbaring di sebelah kiri mangkuk tandas dan tidak bernafas. Bapa kanak-kanak itu menghantar­nya ke klinik tetapi dia disahkan meninggal dunia di klinik itu.

Laporan bedah siasat menunjukka­n terdapat kesan luka lama dan baharu pada mayat Nur Damia dan kecederaan pada dadanya menjadi punca kematianny­a.

Dalam prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi menegaskan supaya mahkamah menambah tempoh hukuman penjara berikutan kecederaan yang terdapat pada kepala, dada dan perut selain patah tulang rusuk.

Peguam S. Vasagaraja­n yang mewakili Siti Zabrin pula berhujah anak guamnya mengalami tekanan perasaan dan kemurungan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia