Utusan Borneo (Sarawak)

56 mangsa sindiket pengemis diselamatk­an polis

-

SHAH ALAM: Polis Selangor telah menyelamat­kan 56 mangsa eksploitas­i sindiket pengemis dalam Ops Ehsan yang bermula Julai lalu hingga kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata dalam operasi yang dijalankan di 24 lokasi tumpuan di seluruh Selangor itu pihaknya turut menahan 52 suspek dipercayai anggota sindiket pengemis dan pengemis.

“Kesemua mangsa yang dis- elamatkan telah ditempatka­n di rumah perlindung­an sementara menunggu perbicaraa­n berlangsun­g, mereka ini turut kami jadikan saksi dalam pendakwaan anggota sindiket yang ditahan.

“Sejak operasi bermula hingga hari ini sebanyak 14 kes telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpuna­n bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia