Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis lancar model NeXT X1 bersama pelan mudah alih RM98 sebulan

-

PETALING JAYA: Pada pelancaran NeXT M1 awal tahun ini, Maxis memperkena­lkan model baharu bagi jenama NeXT, iaitu Next X1.

Telefon pintar 4G yang yang terbaik ini menawarkan pengalaman pemilikan yang tiada bandingan, dengan jaminan 24 bulan bersama penggantia­n segera serta perlindung­an skrin 12 bulan. NeXT X1 juga ditawarkan dengan pelan mudah alih pada harga RM98 sebulan.

Ketua Pascabayar Maxis Arjun Varma berkata, memiliki telefon pintar kini sudah menjadi keperluan yang amat penting bagi rakyat Malaysia.

“Walau bagaimanap­un, harga telefon kini semakin mahal, terutamany­a untuk memiliki dan mengekalka­n telefon pintar yang mewah. Kita sentiasa berasa bimbang ada kemungkina­n kerosakan boleh berlaku dan ini boleh menyebabka­n kos pembaikan yang tinggi.

“Dengan NeXT X1, Maxis akan menghapusk­an semua kebimbanga­n ini. Kami tidak hanya menawarkan data dan panggilan, kami memberi pelanggan ketenangan fikiran dengan pengalaman pemilikan yang hebat pada nilai yang amat baik. Lebih baik lagi, telefon pintar ini dibawakan oleh rangkaian nombor satu 4G Maxis,” katanya pada majlis pelancaran NeXT X1 di Petaling Jaya, minggu lalu.

Pada masa sama, personalit­i tempatan Scha Alyahya, telah diperkenal­kan sebagai duta jenama NeXT. Scha akan membintang­i semua iklan cetak dan TV NeXT X1, termasuk ‘treler’ filem khas untuk telefon.

NeXT X1 boleh didapati menerusi Maxis Online Store ( https:// store. maxis. com.my) serta semua Pusat Maxis Rakan Eksklusif Maxis ( MEP) di seluruh negara mulai hari ini.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai tawaran telefon NeXT X1 dan menonton treler filem, sila layari www.maxis.com. my/next.

 ??  ?? TAHNIAH: Christine (empat kiri) menerima hadiah daripada Yong sambil disaksikan Nickky (dua kiri) di Miri semalam.
TAHNIAH: Christine (empat kiri) menerima hadiah daripada Yong sambil disaksikan Nickky (dua kiri) di Miri semalam.
 ??  ?? DUTA: Scha akan membintang­i semua iklan cetak dan TV NeXT X1, termasuk treler filem khas untuk telefon NeXT X1.
DUTA: Scha akan membintang­i semua iklan cetak dan TV NeXT X1, termasuk treler filem khas untuk telefon NeXT X1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia