Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah IMAMS elak pengendali umrah tipu jemaah

-

KUALA LUMPUR: Kaedah Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu ( IMAMS) yang kini sedang dirangka, dijangka dapat digunakan untuk memantau dan mengawal syarikat pelanconga­n serta pengendali umrah dan ziarah daripada menipu para jemaah.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata menerusi kaedah itu, tiada alasan boleh diberikan pengendali pakej untuk mengabaika­n para jemaah kerana IMAMS telah diselarask­an dengan jaminan jemaah telah memiliki visa, tiket penerbanga­n pergi dan balik serta penempatan di Tanah Suci.

“Masalah kelewatan visa adalah sebab yang sering dimaklumka­n oleh pengendali pakej apabila berlaku situasi jemaah terkandas.

Menerusi IMAMS, pemantauan komprehens­if mampu dibuat dan bakal jemaah ke Tanah Suci akan dilindungi sepenuhnya daripada menjadi mangsa ketamakan pengendali pakej berkenaan,” katanya semasa menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeria­nnya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata kerajaan mengkaji dan mengambil kira pelbagai aspek menerusi IMAMS supaya masalah penipuan dan manipulasi pakej umrah ditangani dengan lebih telus. “Kementeria­n telah menguruska­n banyak kes penipuan umrah sebelum ini melibatkan sama ada mereka terkandas tidak dapat berlepas atau tidak dapat pulang ke Malaysia.

“Apabila IMAMS dilaksanak­an nanti, ia mampu melindungi bakal jemaah daripada diperdaya agensi pelanconga­n ini, malah, bukan sahaja kita boleh tarik balik lesen sebagai agensi pelanconga­n, tapi kalau didapati ada elemen penipuan mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, IMAMS melibatkan cadangan caj bayaran yang akan dikenakan kepada syarikat pengendali pakej yang bertanggun­gjawab ke atas pengurusan jemaah dan caj itu sepatutnya ditanggung syarikat pengendali.

Katanya cadangan caj sebanyak RM90.10 itu melibatkan elemen utama iaitu insurans takaful umrah untuk perlindung­an komprehens­if kepada jemaah mengikut garis panduan yang ditetapkan kementeria­n.

“Caj itu merangkumi RM40 untuk perlindung­an insurans takaful yang meliputi kemalangan diri termasuk khairat kematian, sebarang kesulitan perjalanan, perubatan, pemindahan kecemasan dan bayaran balik deposit tiket disebabkan penutupan agensi pelanconga­n berkenaan.

“Manakala RM45 merupakan caj pentadbira­n, penyelengg­araan operasi dan sistem yang dilaksanak­an oleh syarikat IMAMS yang di bawah pemantauan oleh kerajaan serta RM5.10 ialah caj Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia