Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo gembira mendapat cahaya mata keempat

-

MADRID: Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo mengumumka­n kelmarin bahawa dia sudah menjadi bapa bagi kali keempat selepas teman wanitanya Georgina Rodriguez melahirkan bayi perempuan, Alana Martina.

“Alana Martina baharu sahaja lahir! Geo dan Alana sangat sihat. Semua kami sangat gembira,” tulis pemain bola sepak berusia 32 tahun itu dengan gembira dalam Twitter, sambil menunjukka­n gambar dirinya, Rodriguez, anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, Cristiano Junior, dan bayi baharu.

Ronaldo juga bapa kepada kembar, Eva dan Mateo, yang dilahirkan pada Jun lalu.

Pada hujung Oktober lepas, bintang Portugis itu telah mendedahka­n dalam media sosial nama bayi itu serta tarikh kelahiran bayi itu yang dijangkaka­n, pada mulanya ditetapkan pada 21 November.

Ronaldo hadir untuk kelahiran Alana Martina selepas direhatkan oleh jurulatih Portugal Fernando Santos bagi perlawanan persahabat­an menentang Arab Saudi dan Amerika Syarikat sewaktu pelepasan antarabang­sa. — AFP England menentang pasukan Jerman. “Kami perlu terus membina dan bukan hanya menentang Brazil sahaja, tetapi bagi masa depan.” — AFP

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia