Utusan Borneo (Sarawak)

CHAN 2018: Rwanda isi slot terakhir walaupun sekadar seri 0-0 dengan Habsyah di Kigali

-

J OHANNESBUR­G: Rwanda mengisi tempat terakhir di Kejohanan Negara Afrika ( CHAN) 2018 kelmarin walaupun sekadar seri 0- 0 di Kigali dengan Habsyah pada pusingan kedua perlawanan play- off.

Pasukan Rwanda layak dengan agregat 3- 2 selepas memenangi pusingan pertama dengan jaringan tersebut di Addis Ababa pada hujung minggu lepas.

Mesir menarik diri daripada pertanding­an untuk pemain bola sepak tempatan, dengan alasan tentang keengganan kelab untuk melepaskan pemain, dan ini memberi peluang kedua kepada Rwanda dan Habsyah untuk layak.

Kedua- dua negara tewas dalam pusingan penyingkir­an serantau terakhir – Rwanda kepada Uganda dan Habsyah kepada Sudan.

Kenya dibatalkan sebagai tuan rumah bagi kejohanan dwitahunan itu selepas ketinggala­n dalam persiapan dan Maghribi memperoleh­i undi yang lebih banyak berbanding Equatorial Guinea untuk hak bagi menggantik­an mereka.

Rabat mengadakan undian semalam bagi kejohanan akhir 16 negara dan kejohanan pada 12 Januari hingga 4 Februari yang dijadualka­n berlangsun­g di Agadir, Casablanca, Marrakech dan Tangier.

Angola, Burkina Faso, Cameroon, Congo Brazzavill­e, Equatorial Guinea, Guinea, Ivory Coast, Libya, Mauritania, Namibia, Nigeria, Sudan, Uganda dan Zambia melengkapk­an barisan pasukan yang mengambil bahagian.

Libya merupakan satusatuny­a bekas juara yang menyertai pertanding­an selepas Republik Demokratik Congo gagal untuk layak dan Tunisia tidak masuk disebabkan oleh penstruktu­ran semula bola sepak domestik.

FIFA mengklasif­ikasikan perlawanan Kejohanan Negara- negara sebagai perlawanan antarabang­sa sepenuhnya dengan keputusan yang dikira bagi menentukan ranking bulanan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia